Blog Dakwah Remaja

tentang ISLAM-pengertian Islam

Posted on: 01/01/2009

assalamualaikum kwn2..sempena awal tahun hijrah ni sy ign menyampaikan dakwah yg berkaitan dengan Islam. utk permulaan sy akn memberitahu anda ttg makna Islam. sy wat sume nie sbb dlm bku nie ade mengatakan tahu ttg dunia tetapi jahil ttg akhirat jadi oleh sbb itu sy nk kongsi dgn anda sume ape yg sy dpt dlm bku ni. semua maklumat ini adalah daripada sumber buku yg btajuk : Petunjuk akidah 1,AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH karya PROF. AHMAD IZZUDIN AL-BAYANUNI.

Pengertian Islam
Bahasa Arab: menyerah diri & menurut perintah sepenuhnya

Syarak : bersaksi bhw tiada ilah (Tuhan) melainkan ALLAH, Muhammad SAW adalah pesuruh ALLAH, mendirikan sembahyang, mengeluarkn zakat , bpuasa dlm buln Ramadhan & mengerjakan haji ke Baitullah al-Haram bg sesiapa yg bkemampuan melakuknnya.

Firman ALLAH SWT:
“…krn Tuhan kamu semua ialah Tuhan yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepada-NYA; dan sampaikanlah berita gembira wahai Muhammad kepada orang-orang yang tunduk taat.”
(Surah Al-Haj: 34)

“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-NYA, sebelum kamu didatangi azab kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.”
(Surah al-Zumar: 54)

“Oleh sebab itu jika mereka berhujah menyangkal dan membantahmu wahai Muhammad, maka katakanlah: “Aku telah berserah diriku kepada ALLAH SWT dan demikian juga orang-orang yang mengikutiku”. Dan bertanyalah wahai Muhammad kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani yang diberi Kitab, dan orang-orang yang Ummi orang-orang musyrik Arab: “Sudahkah kamu mematuhi dan menurut agama Islam yang aku bawa itu?” Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk dan jika mereka berpaling tidak mahu menerima Islam, maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan dakwah Islam itu. Dan ingatlah ALLAH SWT sentiasa melihat tingkah laku sekalian hamba-NYA. “
(Surah ali-Imran: 20)

“Sesungguhnya agama yang besar dan diredhai di sisi ALLAH SWT ialah Islam.”
(Surah ali-Imran: 19)

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada Hari Akhirat kelak daripada orang-orang yang rugi”
(Surah ali-Imran: 85)

Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Islam itu terbina di atas lima perkara: bersaksi bahawa tiada ilah melainkan ALLAH SWT dan Muhammad itu pesuruh ALLAH, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengerjakan haji, dan berpuasa dalam bulan Ramadhan.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

About these ads
Label:

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 212,470 views

Kategori

Asal Pengunjung

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 63 other followers

%d bloggers like this: