Blog Dakwah Remaja

Pengertian, Kepentingan & Keajaiban Keyakinan Diri

Posted on: 25/02/2009

Pengertian Keyakinan
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.

Kepentingan Membina Keyakinan Diri
Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda pada diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda.

Jenis-Jenis Keyakinan
terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:

* Keyakinan diri terhadap Tuhan dan KeesaanNya
* Keyakinan terhadap diri sendiri
* Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
* Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri

Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri

* Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
* Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup
* Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
* Kurang kemahiran dan persediaan
* Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
* Kemiskinan (Idea & Sains Kejayaan Hidup)
* Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang cergas / sihat

Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri

# Kurang senyum
# Risau dan kelihatan risau
# Gugup dan kelihatan gugup
# Kurang berinteraksi
# Malas bekerja atau berusaha
# Bersikap meminta-minta
# Mudah putus asa
# Suka gossip dan mengumpat
# Defensif dan pemarah

Keajaiban Keyakinan Diri
Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang.

Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc amat menarik perhatian. Joan of Arc pada umur 17 tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang ia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara untuk menentang serangan-serangan serta mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk memberi idea atau tampil ke hadapan memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.

Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api – amat yakin sekali – seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala tentera Perancis untuk mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Keyakinannya yang sungguh kental dan mengkagumkan itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis di mana beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang menghadapi kebuntuan itu!
Artikel Motivasi Meningkatkan Keyakinan Diri : Keyakinan Diri Asas Kecemerlangan dan Kejayaan Diri
Keyakinan si gadis lidi yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah menyemarakkan semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis. Dengan keyakinan dan pimpinan Joan of Arc, mereka telah mendapat semangat dan tenaga baru untuk menyerang balas dan menggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi peperangan yang berbisa serta keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi tingginya! Ini telah amat meNGEJUTKAN tentera-tentera Inggeris sehingga hilang arah, kekuatan dan semangat walaupun jumlah mereka lebih ramai daripada tentera-tentera Perancis – bertempiaran! Lantas, Perancis meraih kemenangan besar!

Inilah bukti KEAJAIBAN keyakinan diri!
Artikel Motivasi Meningkatkan Keyakinan Diri : Keyakinan Diri Asas Kecemerlangan dan Kejayaan Diri
Orleans, 1429
Keyakinan Diri, Pengertian Keyakinan, Kepentingan Keyakinan, Pengertian Keyakinan Diri, Punca-Punca Ketidakyakinan Diri, Keajaiban Keyakinan Diri

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 199,621 views

Kategori

Asal Pengunjung

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: