Blog Dakwah Remaja

Memutuskan silaturrahim

Posted on: 07/03/2009

(Petikan daripada laman web ustaz zaharuddin)

Salam,ustaz.

Maaf mengganggu.Ustaz, nak minta tolong ustaz jelaskan berkenaan ‘silarturahmi’ .

“Ada hadith mengatakan bahawa….”pada malam nisfu sya’ban semua doa akan diterima kecuali doa orang yang memutuskan silarturahmi. ….’

Adakah dikira memutuskan silarturahmi sekiranya hubungan dengan seseorang kawan yang dulunya rapat tetapi sejak akhir-akhir ini renggang disebabkan perselisihan faham dalam perhubungan. Tetapi, perhubungan masih seperti biasa…means masih berhubung cuma tak rapat seperti dulu sebab ada rasa kecil hati dengan sikap kawan yang tidak mahu berterus terang dengan apa yang dia tak puas hati / marah.

Hope, ustaz dapat memberi penjelasan tentang ‘memutuskan silarturahmi’ .

Syukran, baarokallahu fiik.

Aisya Humaira
Gombak,Kuala Lumpur

wa’alaikumussalam,

Nabi sebut : ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur spa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Riwayat bukhari : ” tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam” ( al-Bukhari)

Nabi juga sebut : ” Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” ( Al-Bukhari 4/112 )

Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahmi ” ( al-Bukhari)

Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)

Dari soalan ukhti, tidak terputus hubungan, cuma renggang sikit dari dahulunya yang mungkin mesra dan rapat (itupun kena lihat dari sudut kerana urusan akhirat atau dunia semata-mata) …dan akibat renggang maka tiada banyak perkara yang ingin dikongsi bersama lagi..justeru, menyebabkan hubungan dan komunikasi menjadi kurang. pada hemat saya, ia masih dalam ruang yang dibenarkan.. wallahu’alam.

Ada juga renggang dan tidak bertegur sapa yang mungkin dibenarkan kerana ditakuti berlaku mudarat yang besar. Selain itu, ada juga yang renggang bukan kerana pengaruh pergaduhan tetapi kerana berpindah dan duduk berjauhan. Ini semua perlu dilihat satu demi satu bagi memberikan hukum yang sewajarnya.

ust zaharuddin abd rahman

7 September 2006

13 Sya’ban 1427 H

About these ads

9 Respons to "Memutuskan silaturrahim"

Salam…saya mempunyai masalah sama dimana saya mempunyai seorang kawan baik waktu sekolah dahulu dan pada satu hari kami berselisih faham dan selepas itu tidak bertegur sapa lagi.

…setelah sekian lama ( sekarang sudah berkerja) saya amat menyesali sikap dingin saya terhadap kawan baik saya itu dan ingin berbaik semula dengannya…tapi masalahnya sekarang, saya tidak tahu dimana dia berada…

adakah saya masih berdosa walaupun saya menyesali perbuatan saya?…saya telah berdoa agar saya dapat bertemu dgnnya semula dan ingin meminta maaf darinya…

salam…saya punyai seorang sahabat.hubungan kami baik sebelum ini.tapi sejak akhir² ini,hubungan saya dgn dia punyai sedikit masaalah…selepas tue kami selesaikan masaalah tue bersama.

memang saya akui hubungan kami selepas itu agak renggang.dengan itu,saya telah mencuba sedaya upaya…merapatkan kembali hubungan kami…macam² cara saya buat…tanya khabar.ambil berat…tetapi,apa yang saya dapat.dia seakan endah tak endah saja dgn saya.saya binggung…sedih dan kesal dgn sikap dia…saya dah cuba….tetapi seringkali beroleh kegagalan.

sampai lah satu hari,dia bertindak memutuskan psahabatan saya dan dia.dia kata dia tak perlukan kawan yang ramai.dia akan selesa dgn org yg dia ingin hubungi,berkawan…dia minta saya anggap saya tidak pernah mengenalinya.saya sedih sgt.

adakah saya bersalah?adakah saya berdosa?bukan saya yang minta…saya dah cuba sedaya upaya…tolong saya.saya tak mahu berdosa dalam hal ini…:(

ermm..menarik…tapi nak tanya sikit…betulkah seseorang itu dikatakan memutuskan silaturrahim apabila dia menjauhkan diri dari seseorang yang lain,sedangkan dengan menjauhkan dirinya dari orang itu dia akan dapat menghindarkan diri dari menyakitkan hati orang itu atau hasil dari dia menjauhkan dirinya itu,dia akan terhindar dari maksiat?minta tolong jelaskan buat diri yang jahil ini..

salam..sy mmpunyai dua orang rakan.. tp, pada suatu hari, ke-dua2 rkan sy ini menjauhkan diri dari sy.. mungkin ada ksilapan yg sy lkukan ttpi tidak pula diberitahu oleh mereka… adakah sy yg dikira sbg pmutus hbngan itu atau mereka..??

sye adew 5 kawn baik…..sye bru sjew gadoh dgn salah seorang kawn saya….sye xpuas hati dgn dye…pada mulanya sye rapat dengan dye….pas2,saya tgk peragai dye da brubah….sye ckp dye macam2…sye sedih sbb pada mulanya sye rapat ngan dye…akhir dye rapat ngan owg len…sye jadi sedh….sye ckp dye macm2…dan akhirnya kami bergado….dye kate hati dye da tertutup untk berkawan ngan sye…sye mintak maap pada mulanya,dan akhir juga sya x thn…sye trus ckp dgn perbualn yang kasar…..sye rasa bersalah….jiwa sye da kosong….apew patt sye buat skang????tlg la

assalamualaikum..
saya ada mempunyai seorg kwn baik..hubungan kami bertahan selama 4 thn..tetapi sejak akhir2 ni kami selalu bergaduh..1 hari kami telah bergaduh kerana perselisihan faham dan saya telah memutuskan hubungan persahabatan kami..masa tu saya tengah marah..huhu..bila saya fikir blk biarlah kami berpisah bt sementara waktu kerana saya ingin memperbaiki diri saya..apa hukumnya?mohon penjelasan btol ke tindakan saya tu?pe saya ptot buat?huhu

assalamualaikum.. makcik ada sedikit salah faham dan mak saya telah difitnah oleh m.cik saya dan m.cik saya menghantar sms kepada kami (anak) mengatakan dia memutuskan tali persaudaraan dengan keluarga kami dan mak pernah cuba di pulaukan oleh kaum beberapa adik beradiknya yang lain. Mak pernah cuba beri penjelasan, tetapi dipandang enteng. Mak makan hati dengan sikap adik beradiknya dan pernah beberapa kali jatuh sakit kerana terlalu memikirkan hal itu. Hanya adik beradik mak yang tahu hal sebenar (melihat sendiri keadaan) sahaja percaya dengan mak, tetapi tidak berani masuk campur kerana sikap makcik yang x boleh ditafsir (nanti dorang pulak yang terkena). Jadi pada pandangan ustaz macam mana untuk merapatkan kembali silaturrahim yang sebegini selain dari memohon doa agar m.cik memohon maaf kepada mak . sekian

Assalamualaikum,.
Kawan sy mengadu kpd sy mengenai rkan k0lej nya yg memutuskan persahabatan mereka,. Rakan sy memanggil pensyarah dgn pggilan ‘cik ina’, ttapi rakan sy di marahi oleh rkan k0lej nye n dkatakan tidak h0rmat pnsyrah sdangkan pnsyarah itu tidak kisah jika pelajar memanggilnya dgn pggilan ‘cik ina’ .. Rakan sy membalas ‘apa masalah ko, apa salah aku, stdent lain yang terjerit – jerit tu ko tak marah pula’ . Selepas kejadian itu, mereka tidak bertegur sapa.. Semasa di tempat parking m0to rakan k0lej nya memarahi rakan sy dan memaksa rakan sy mengikut semua ckap dia, rakan sy rasa di k0ngk0ng sdangkan mereka tiada apa2 hbungan istimewa melainkn persahabatan, pda masa sama juga rakan sy memarahi rakan k0lej nya krana meng0ngk0ng dia ,lain lah kalau mak ayh @ suami yg k0ngk0ng hdup dia tak kesah,.
Untk mengelak drpd bergaduh , rakan sy terus pulang ke rumah, dan tiba – tiba dapat msj drpd rakan k0lej nya yg menyatakan ‘lepas ni aku xmau kawan dgn ko dah’..

Apakah rakan sy atau rakan k0lej nya punca terputus nya silaturahim ini ?? Adakah rakan sy yg berd0sa? Mintak penjelasan,
Terima kasih

Assalamualaikum,
Saya ada kawan. Kawan saya ini die telah bersumpah dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya yang telah dia buat sebelum ini. Selepas itu dia mengulangi perbuatan nya semula.Pada suatu hari saya ada mengumpatnya dengan kawan saya yang lain dan ingin menyedari diri dia atas apa yang telah dijanjikan dan bersumpah tidak akan mengulangi perbuatannya itu dan saya bercadang dengan kawan saya yang lain agar tidak berkawan dengan nya dan tidak terikut2 dengan perbuatan jahatnya. Dalam pada masa yang sama seorang dripada kawan saya telah memberi tahu kepada kawan saya bahawa saya telah cakap2 perkara yang buruk kepada nya. Selang beberapa hari kawan saya tersebut datang berjumpa dangan saya. Saya dimaki hamunnya dan kami telah pun memutuskan persahabatan, jadi adakah saya yang bersalah dalam hal ini..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 207,980 views

Kategori

Asal Pengunjung

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 63 other followers

%d bloggers like this: