Blog Dakwah Remaja

Parti Gay di KL

Posted on: 28/03/2009

Assalamualaikum. Kali ini, saya ingin membuka mata para pembaca sekalian untuk tatapan anda. Sedang saya membaca artikel di I Luv Islam saya ternampak isu yang hangat untuk di tunjukkan di sini untuk tatapan anda. Jadi ikuti saya dalam artikel ini. Di dalam pos kali ini juga, saya menyelitkan antara komen-komen daripada ahli ‘pakar, peserta’ dalam tajuk di dalam web itu. Selamat membaca.

mohdrizal:

Salam..

Image ini sy dpt didalam forum, dan sy share diforum iLuvIslam. Mungkin image ini agak meluat atau rasa nak muntah bila lihat. Tapi ini la reality kehidupan clubbin. Yg menjadi lebih merosakkan muka bumi ini adalah insan2 yg di ibaratkan “reborn again” daripada umat Nabi Luth a.s. Isu seperti ini mungkin telah lama ada, cuma tidak digemparkan didalam media perdana. Diharapkan Pertubuhan Islam, tidak kira NGO dpt menyiasat atau mengambil tindakan lebih lanjut tentang permasalaan ini. Mmg tidak dinafikan mereka “kebal” kerana mereka dari golongan elite. Jadi harap sgt, perkara ini dapat dibendung sebelum ia lebih memudaratkan pada semua umat Islam.

Dan bila sy meneliti salah sorg DJ mereka, tanpa segan silu mereka mengatakan orientation mereka adalah GAY didalam myspace. Sy tidak kisah jika mereka bkn seagama dgn sy, tapi mereka beragama islam, jadi amat menyedihkan & menyakitkan hati bila mereka2 ini wujud dlm masyarakat kita.

website mereka : Prince World KL

—-

p/s saya: layout yang cantik, design yang unik dan elegant =D

—-

Utk gambar selebihnya klik dibawah (sy tidak mau view gambar yg lain, utk menghormati user lain)

image 1

image 2

image 3

image 4

Komen daripada Ahli tentang isu ini:

indah_81:

Sepanjang hidup ini, tidak pernah saya terfikir betapa seriusnya isu gay dan lesbian sehinggalah saya mengenali salah seorang daripada kalangan mereka. Lebih menyedihkan apabila orang itu ialah orang yang paling kita sayangi dan cintai. Tambah malang lagi apabila mengetahuinya hanya setelah bergelar isteri.
Saya hanyalah wanita biasa. Tidak pernah saya menduga sifat suami yang sebenar. Suami yang saya kenal satu ketika dulu adalah seorang lelaki yang baik. Boleh dikatakan lelaki yang menjadi dambaan setiap wanita yang mengenalinya. Keperibadiannya menawan hati sesiapa sahaja. Biarpun begitu, sayalah wanita yang bertuah kerana menjadi pilihan hatinya. Mana mungkin saya menolak pinangan dari seorang lelaki yang baik akhlaknya. Lebih-lebih lagi dia adalah jawapan istikharah yang saya lakukan.
Alhamdulilah..pernikahan kami berjalan dengan lancar.

Hari-hari yang dilalui bagi setiap pengantin baru sepatutnya menjadi hari yang paling membahagiakan…tetapi tidak bagi saya. Setiap hari penuh dengan persoalan dan air mata. 6 bulan pertama kami tinggal berasingan disebabkan faktor kerjaya yang tidak mengizinkan. Akhirnya, saya berpindah juga biarpun hati ini terasa berat. Saya rentasi Laut China Selatan kerana tanggungjawab sebagai isteri.

Setelah tinggal sebumbung barulah segala-segalanya yang kabur semakin jelas. Bukti pertama ditemui. Hati saya tidak tentu arah. Inikah sifat suamiku? Tetapi saya tidak mahu menuduhnya sebarangan. Saya memilih untuk mempercayainya. Mungkin bukan dia. Mungkin orang lain. Tetapi di dalam hati pernah berkata..”Ya Allah, jika benar apa yang aku sangkakan maka lindungilah aku”. Kemudian bukti demi bukti ditemui atas izin Allah. Ditambah pula dengan beberapa orang saksi. Terjawablah semua persoalan saya selama ini. Rupa-rupanya, saya ini sekadar perhiasan untuk membuktikan bahawa dia adalah lelaki yang sempurna. Terasa benar bahawa dunia ini semakin dekat dengan kiamat. Barulah saya tahu betapa seriusnya kegiatan gay dan lesbian di Malaysia ini. Sungguh menakutkan.

Sesungguhnya…apa yang saya tulis ini bukanlah bertujuan membuka aib. Tetapi sebagai iktibar untuk mereka yang mengerti.

*********
Dedikasi khas untuk suamiku, Z sempena ulangtahun pernikahan kami yang pertama pada 14 Disember 2008.

1. Bertaubatlah……..Semoga Allah membuka pintu keampunan buatmu…

2. Hentikah fitnahmu terhadapku…
Takutlah pada Allah…
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil..

3. Aku telah memaafkanmu dalam diam.

*********
Terima kasih kepada iLuvislam.com yang sedikit sebanyak telah membantu merawat luka di hati ini…

Terima kasih Ya Allah…kerana sentiasa berada di sisiku…menjagaku, melindungiku dan mendidikku…
aku kehilangan cintaku….tapi kau temukan aku dengan cinta yang lebih berharga iaitu cintaMu..

sunnyeizham1:

majoriti penyimpangan naluri sex (homosexual) dibawa sejak lahir tapi faktor pergaulan juga tidak terkecuali, sama sekali tidak ada kena mengena dengan pemakanan.
punca yang tidak boleh dilihat secara batin tetapi pada zahirnya amat jelas

Secara scientific seorang bayi perempuan terbentuk dari kromosom xx
Sedangkan bayi lelaki terbentuk dari chromosom xy.
Kenapa seorang bayi laki-laki yg memperoleh chromosom xy setelah dewasa memiliki ” penyimpangan” dalam erti kata menjadi ” gay”? mungkin faktor keturunan? faktor dimana kromosom x gen bayi perempuan lebih banyak jumlahnya.
Tak hairan, seorang ” gay” meskipun tubuhnya seorang lelaki akan tetapi naluri perasaannya lebih banyak mewakili perempuan, ini mungkin disebabkan kromosom x yg lebih banyak.

Rumusannya tiada satu ubat pun didunia ini yg dapat mengubah seorang ” gay” menjadi lelaki normal. Penyimpangan naluri sex ini telah mereka bawa sejak mereka dikandung.

Don’t discriminate gays, tidak semua gay mempraktikan gaya hidup bebas seperti diatas dan tidak semua lelaki atau perempuan yang normal yg tidak ada hubungan sex bebas sebelum berkahwin malahan 80 peratus kelab malam di ibu kota kerap dikunjungi oleh golongan bukan gay, menganjurkan parti2 bogel. should be more focused on that.

I’m a GAY!..aku seorang gay tapi aku tak pernah pergi ke party yg seperti diatas, aku tak pernah mengadakan hubungan sex sesama jenis walaupun ada keinginan yg memang tak boleh dinafikan lagi. Hidup aku masih lagi berlandaskan ajaran islam, tahu mana halal dan mana yg haram, apa baik dan apa yg tidak, sepatutnya golongan “MULIA” ahli syurga seperti kamu semua patut berterima kasih kepada golongan kami, kami dijadikan untuk memperingatkan kamu golongan2 yg “MULIA” bahawa dunia ini sudah sampai ke akhir zaman! lelaki menyerupai perempuan, perempuan menyerupai lelaki. ada sebabnya mengapa allah menciptakan golongan seperti kami yaitu supaya golongan “MULIA’ seperti kamu insaf dan lebih banyak beribadat supaya boleh menjadi “SEMULIA-MULIA” umat dalam masa yg sama membantu kami yg kamu anggap “KEJI, HINA DAN JIJIK” ini kejalan yg benar. Setakat mampu berforum komen itu dan ini, mengeji dan mencaci yang perempuan tu rasanya lebih baik pergi luangkan masa bersama suami kalau ada, nanti x cukup layanan suami cari lelaki lain plak, jangan ingat lelaki gay tu semua tak kahwin, majoriti dari golongan kami semua dah kahwin ada anak 3-4 orang, bini tak tau pun dia gay. Buat forumers lelaki plak yang sempurna kejantanannya, x semua diantara kamu ni lelaki yang sempurna keimananya, malah ada diantara kamu yg lebih rendah imannya dari kami, pantang perempuan selak kain tak kira anak dara, janda, bini orang semua sapu no wonder banyak pusat2 pelacuran, pelacur jalanan, buang anak, video2 lucah muda mudi yang normal seperti kamu dipasaran sekarang. maaf lah mendiscriminasi..tak semua lelaki dan perempuan normal seperti yg disebutkan itu kan?…that is exactly what i feel!..

hmm..well i should look on the bright sight. at least aku tak ada buat maksiat dengan perempuan, berzina. nak buat dengan lelaki pun tidak sebab aku tau batas2 aku. Kesimpulannya terpulang pada individu itu sendiri, cara didikan, dan pengaruh dari orang sekeliling, aku beruntung sebab ada kawan2 yang support aku walaupun diorg tau aku gay. Memperingati aku supaya tidak jauh terpesong, walaupun aku tidak boleh terima perempuan untuk dibuat isteri, jangan sesekali mengikut nafsu dan melakukan perbuatan yg keji bersama lelaki, dosa besar, nabi tak terima umat, setiap kejadian tuhan ada hikmah, setiap kekurangan akan diberi kelebihan, tabah & sabar menghadapi hidup didunia yg hanya sementara ini. Thanks to all my friends besar pahala korang sebab menjaga dan menperingati aku yg keji ini.

Setiap kejadian tuhan itu ada hikmahnya, mengapa harus dipertikaikan, mengapa tidak dicari hikmah yang tersembunyi?

Dalam pos  sunnyeizham1 yang lain…

Berikut ialah komen ahli yang lain terhadap pos dalam itu jadi sunnyeizham1 ini membalas apa yang diperkatakan oleh mereka. Selepas garisan (—-) itu adalah balasannya.

al-ansbakhi wrote:
assalamualaikum wbt,

dari dulu saya terfikir, benarkah perasaan sukakan kaum sejenis tu naluri yang hadir sejak lahir lagi? memandangkan selalu saja saya dengar orang-orang yang sukakan kaum sejenis kata mcam tu, saya pun anggap benda tu betullah.

cuba fikirkan pula orang lain, dilahirkan dalam keluarga kafir, dari kecil lagi dia tak kenal apa itu Islam, fikirkan pula orang yang lahir dalam keluarga yang bergelumang dengan maksiat, dari kecil lagi dia kenal zina, arak, fikirkan pula orang yang lahir dalam keluarga penjenayah, dari kecil lagi dia kenal curi, dadah. bila besar nanti, orang-orang macam ni, apakah bila datang kebenaran suatu masa nanti, bila datang Islam yang sebenarnya kepadanya nanti, dan hati dia membenarkan apa yang dia dengar dan nampak, boleh dia kata “nak buat macam mana, dah memang hati macam tu, dari kecil lagi macam tu”?
——————————————————————————————————–

Akal dan fikiran yang membenarkan apa yang dilihat dan didengar, dalam kejadian manusia Allah ciptakan manusia dan jadikan baginya hati, akal dan nafsu. Ketiga-tiga jasad batin ini mempunyai fungsi yang berbeza. Hati peranannya mengenal dan berperasaan, menampung ilmu pengetahuan dan belajar tentang kebenaran. Akal peranannya berfikir, mengkaji dan menilai sesuatu kebenaran. Manakala nafsu pula peranannya ialah berkehendak akan sesuatu sama ada ianya satu perkara yang baik mahupun yang buruk, selalunya lebih sukakan kejahatan daripada kebaikan ia tidak mengenal dan tidak menilai. Sekiranya hati dan akal itu menjadi jahat, ianya adalah dorongan nafsu yang jahat yang telah menguasai hati dan akal. Nafsu datang dengan sifat semulajadinya semenjak azali, tak boleh ditukar ganti atau ditentukan oleh hati & akal fikiran tapi boleh dikawal. Gay itu nafsu…

kalaulah nafsu boleh ditukar ganti mati hidup semula pun aku sanggup untuk dapatkan nafsu yang membolehkan aku hidup bersama dengan seorang perempuan yang bergelar isteri. Bodoh sangatkah kami ini yang kebanyakannya dari golongan yang elit dan berpelajaran tinggi menyimpang dari norma norma dan etika perilaku dalam perhubungan sosial ? kalaulah nafsu itu boleh ditukar ganti semudah hati membenarkan apa yang dilihat & didengar, semudah kafir memeluk islam, semudah penjenayah menjadi ahli ulama, tidaklah ada diantara kami yang cuba sedaya upaya untuk hidup normal berumahtangga tapi masih lagi menyimpang. Please bear in mind, kafir yang memeluk islam pun mempunyai peratus yang tinggi untuk kembali keagama asal jika mereka memeluk islam atas sebab perkahwinan berlandaskan nafsu precisely.
Sesungguhnya dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani yang maha mengetahui disebalik atas segala kejadiannya. Aku dilahirkan didalam keluarga islam dan diberikan didikan agama yang secukupnya, nafsu, perasaan yang ada pada aku sesungguhnya bukanlah atas pengaruh orang lain, bukan sebab aku mahukan perhatian, atau rekaan aku semata-mata, ianya datang secara semulajadi. Apa sudah hilangkah kewarasan aku untuk hidup begini?…Most of you people are ignorant always jumping to conclusion, don’t judge us that way. Kalau nak cerita pasal gay, pasal bagaimana aku boleh tahu yang aku memang gay semenjak lahir lagi sampai besok pun tak habis. Apa-apa yang korang nak cakap lepas ni aku tak kisah lagi dah yang aku tahu siapa aku dan bukan aku sorang yang tidak mengamalkan gaya hidup gay walaupun aku gay tapi ramai lagi kat luar sana. I don’t support gay marriage, Aku tak terlibat langsung dalam perhubungan seks sesama jenis tapi aku tahu yang aku tak akan mampu untuk berumahtangga mengecapi keindahan berumahtangga. Kahwin atas sebab desakan keluarga, menutup aib sebab tak mahu orang tahu aku gay atau semata-mata mahu mendapatkan zuriat takut tak ada orang nak jaga masa tua nanti (kalau sempat tua, rumah org2 tua kan byk skrg register je laa kan), itu hipokrit..lepas kahwin cari lelaki lain, nak bersama dengan isteri kena bersama dengan lelaki lain dulu baru ada mood, nak buat apa semua tu? Menganiayai anak gadis orang kan?..hmmm aku duduk rumah jaga orang tua aku lagi baik….ok malas nak cakap panjang lepas ni mesti ada orang report dengan moderator and block aku punya profile, buat kamu manusia-manusia normal yang mulia kalau kamu rasa aku gay yang hina ni tak patut dan tak layak berada diwebsite ini, buat la report aku tak kisah aku dah biasa dengan semua tu..mungkin jugak itu antara sebab ramai yang lebih suka luangkan masa pergi clubbing? Fikirkan sendiri, macam mana nak cari jalan penyelesaian kalau kamu sendiri mengenepikan kami dan tidak mahu cuma memahami kami, yang kamu tahu kami ini hanya sisa kaum nabi lut dahulu, tidak berhak hidup didunia dan sepatutnya dah lama mati, kami hidup diakhir zaman ini atas kehendak Allah. Rasanya ramai antara kami yang lebih sanggup bunuh diri kalau la bunuh diri tu tidak haram disisi islam dari hidup macam ni, aku berani cakap macam tu sebab memang dah ada yang pernah buat, aku pun pernah terfikir nak buat, tak tahan hidup macam ni, boleh jadi gila tapi itu dulu…..wassalam

efenem:

Isu gay dan lesbian ini sepatutnya diperhalusi dengan lebih mendalam kerana topik ini amat sensitif, bukan di Malaysia sahaja, malah di negara barat pun sensitif juga. Ramai orang menganggap golongan gay dan lesbian ini sebagai barah dalam masyarakat, maka timbullah stigma bahawa segala yang gay dan segala yang lesbian sepatutnya dihapuskan. Ini antara beberapa salah faham masyarakat kita terhadap golongan gay dan lesbian:

1. Semua gay dan lesbian gila seks. Lelaki normal tak mahu berdekatan/berkawan dengan lelaki gay kerana takut diliwat, begitu juga dengan wanita. Sebenarnya, bukan semua lelaki gay dan wanita lesbian gila seks. Mereka hanya mempunyai orientasi seksual terhadap jantina sejenis sahaja. Seperti orang normal, mereka juga mempunyai taste terhadap lelaki atau wanita tertentu. Lelaki gay tidak semestinya menyukai semua lelaki yang ditemuinya dan wanita lesbian juga tidak semestinya menyukai semua wanita yg ditemuinya… Begitu juga dengan lelaki normal, bukan semua jenis wanita disukainya.
Perlu diingatkan ada juga lelaki normal yg gila seks terhadap wanita…

2. Pengakuan “saya gay/lesbian” adalah taboo. Dalam masyarakat Malaysia, pengakuan “saya gay/lesbian” masih lagi menjadi taboo. Orang masih tidak dapat menerima kewujudan gay dan lesbian di dalam masyarakat. Namun, mereka tetap wujud. Perlu diingatkan bahawa jalan terbaik untuk mengubati ketagihan dadah dan alkohol adalah melalui pengakuan “Saya penagih dadah” atau “saya alkoholik”. Dengan pengakuan sebegitu, ramai penagih dadah dan peminum kuat sudah pulang ke pangkal jalan dalam program pemulihan.
Begitu juga dengan gay dan lesbian. Pengakuan “saya gay/lesbian” adalah penting sebelum melalui apa-apa program pemulihan. Malangnya, ramai ibu bapa tidak sanggup menerima pengakuan tersebut dan lebih ekstrim sehingga tidak mengaku anak. Masyarakat apatah lagi memulau golongan ini. Ini tentunya tidak akan berjaya membendung gejala gay dan lesbian.

3. Golongan gay dan lesbian tidak sepatutnya terlibat aktif dalam Islam. Sudah menjadi taboo masyarakat Islam bahawa golongan gay dan lesbian tidak sepatutnya terlibat aktif dalam aktiviti keagamaan. Alasannya, sembahyang mereka tidak diterima, pahala mereka tidak diberi dan mereka berdosa besar di sisi Allah. Masyarakat Islam perlu tahu bahawa golongan gay dan lesbian tetap wujud dalam masyarakat dan mereka juga ingin terlibat dalam aktiviti kerohanian dan keagamaan. Malah mereka juga memberi sumbangan besar terhadap masjid.
Jika masyarakat Islam tidak memulaukan golongan ini, mereka akan lebih senang didekati dan difahami, dan jika mampu, dipulihkan. Ini juga dapat mengelak golongan gay/lesbian daripada keluar menganut agama lain yang dapat menerima mereka dengan tangan yg terbuka. Sokongan spiritual amat penting bagi setiap manusia, begitu juga golongan gay dan lesbian.

Sekian

yesme:

bismillah
assalamualaikum

Ya Allah, saya terpegun dan teruja dengan penjelasan yang sangat bernas dan sangat tepat bagi kedua orang ahli ILuvIslam; efenem & sunnyeizham1. Sejuta rating and 100% salutation!

Orang-orang ‘biasa’ tidak pandai dalam hal ini sebenarnya kerana mereka tidak merasa apa yang dihadapi oleh kaum ini. Dan bagi saya, mereka tidak layak untuk memberi komen especially komen yang tidak membina.

Itulah saya juga percaya, semua ini ada hikmahnya. Setiap insan di uji dengan berbagai-bagai cara jadi jaga diri dan pastikan ianya dijalan yang betul.

Ahli-ahli yang saya rating tersebut disebabkan mereka jujur dari hati, berani dalam kebenaran, menjelas perkara yang kabur dan seharusnya manusia normal perlu diskriminasi dengan kaum ini sekiranya mereka masih dijalan yang betul. Bimbing mereka dan bantu mereka dalam segala bentuk agar mereka tidak terbabas.

Seperti di dalam gambar-gambar yang dilampirkan pada pos yang pertama, apa yang di lihat secara zahirnya ramai di antara mereka kelihatan berbangsa Cina, sesetengahnya kelihatan Mat Saleh dan mungkin dicelah-celah tubuh manusia yang alpa itu terselit tubuh berdarah Melayu.

Apa-apa pun segala bentuk tempat hiburan yang terlalu ekstrem sebegitu rupa perlu diharamkan. Selain dari itu, perlu juga penerimaan lahiriah bagi masyarakat terhadap golongan ini agar mereka lebih mengenali diri mereka sendiri melalui respon masyarakat. Seterusnya dibentuk agar mereka sentiasa terdorong ke arah yang lebih positif.

Saya juga setuju dengan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali K. W. yang diingatkan oleh awe_kmehe.

Sekian. Yang baik dari Allah S.W.T dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Sila pimpin saya jika tersalah arah.

tata
Wassalam.
jazakallah

saya: bagi saya, golongan sebegini tidak patut dicemuh, dicaci dan dihina. Kerana jika kita semakin menghina mereka, menuding jari kepada mereka maka mereka akan berasa tidak berguna untuk berada di samping orang normal seperti kita. Mereka juga akan lebih berasa selesa dengan kaum mereka sendiri yang mereka merasakan bahawa kaum mereka sahaja yang menghargai mereka dan tiada sesiapa selain kaum mereka yang lebih menghargai mereka.

Malahan kite sepatutnya mendekatkan diri kepada mereka – bagi yang berani & berkemampuan untuk menasihati mereka dan mengajak mereka ke jalan yang betul dan lurus. Perkara sebegini tidak boleh dipaksa-paksa untuk mereka kembali ke pangkal jalan melainkan dengan keizinan daripada ALLAH S.W.T. Kita juga patut mendoakan mereka agar mereka mendapat hidayah agar bertaubat dan meninggalkan perkara itu dan mulakan hidup yang baru dan ‘bersih’.

Selepas itu pula, jika berjaya mengajak mereka agar kembali normal, kita perlulah sering mendekatkan mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pemulihan agar mereka berminat untuk mengetahuinya. TETAPI AMATLAH PENTING AGAR TIDAK MEMAKSA MEREKA untuk menyertainya. Bak kata orang ‘cucuk-cucuklah dulu untuk pancing’.

*Ini adalah pendapat saya berdasarkan pengalaman tentang kawan sebegini.

Kredit: I Luv Islam

50 Respons to "Parti Gay di KL"

salam teman-teman. sedih saya membaca apa yang ditulis oleh indah_81. saya juga diduga dengan ujian yang sama bernikah dan hanya setelah mempunyai anak barulah saya tahu hal sebenar.

kepada sunnyeizham..tuan cakap pandailah. cuba nasib malang ini berlaku pada adik atau kakak tuan..barulah tuan tahu azabnya. terlalu banyak yang memudaratkan …hingga berlaku pada adik atau kakak tuan barulah tuan akan sedar berapa teruk hakikatnya. trauma, harga diri, aib, terseksa…panjang ceritanya.

w’slm
kepada sinar: sabarlah menempuh cabaran. Semua ini ujian daripada ALLAH S.W.T agar menguji kekuatan anda. Banyak²kanlah berdoa & tabahlah menghadapi cabaran.

tuhan menciptakan manusia yang terdiri dari wanita dan lelaki.ada ke dalam quran tuhan cakap.Dia ciptakan guy,lesbian?ADA Ke?ada ke!?

memang sedih dan mengewakan.

Datangnya dari Allah belaka,
tapi memang sukar menghadapinya.
bagimana kita dijadikan amat sempurna sebagai lelaki,
tapi berperassan sebagai wanita,
lazim wanita menyukai lelaki,
memang kena kuatkan iman,
hari ini pulak iman senipis kulit bawang,
senang melayang,
tapi takan pertikaikan kejadian Allah,
mesti ada rashiaNYA.
Ya Allah kuatkan imanku.

buat saudara kita yg bernama soheh,

lelaki dan perempuan yg Allah mentioned di dalam Quran adalah jantina manusia..
on the other hand, gay n lebian adalah sexual orientation yg boleh berlaku di dalam kedua dua jantina.
anda perlu faham tu..

sahabat yg dikasihi..
kesedaran perlu ada.
perubahan perlu diusahakan walaupun ia perlahan dan lambat,
cemuhan perlu di hentikan,
diganti dngan ulasan dan kritikan membina dan jujur

bimbingan perlu diteruskan tanpa putus asa dan jemu.
doa juga perlu bg diri dan sahabat yg terlibat,

kerna kesengsaraan dan tekanan yg dihadapi tidak dapat digambarkan dengan jelas dan nyata bg org lain.
juga tidak nungkin dapat dirasai dangan tepat dan sepenuhnya.

jiwa yang kosong dan kontang perlu diisi dengan kefahaman islam
perasaan perlu dididik secara berterusan selaras denagn kefahaman yg sahih.
baru akan mencetuskan satu azam yg kukuh dan padu untuk kita berubah..
sifat taqwa perlu sentiasa ade dalam diri
digenggam walapun ia panas, ditelan meskipun ia pahit.

walau sering tewas, walau sering tertipu denagn nafsu,
walau sering terpedaya dnan bisikan..
usah sesekali putus asa dan letih.
sebagaimana ia datang dari tiada, ianya mampu lenyap dari jiwa.
Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui, adil dan penyayang.

sebutir usaha yg dilontarkan untuk berubah secara ikhlas akan ada ganjarannya.
insya Allah.
may us be blessed. ameen

komen yang memberi manfaat..terima kasih…

semoga rajin memberi komen sebegini. ianya menakjubkan

assalamualaikum…..ingat apa yang kita kerjakan, “JANGAN LUPA AKAN PENCIPTAMU”………..

w’slm terima kasih ats nasihat ini. ia memotivasikan saya

saya remaja dari kecil mempunyai perasaan gay dan tidak boleh dihapus lagi .bukan kerana pengaruh sekeliling .saya hampir murtad kerana saya menggap allah itu tidak adl saya selalu dicemuh oleh sekeliling .lagipun saya ni manusia juga.tolong bantu saya .

terima kasih atas segala nasihat semua, aku juga seorng yg gay, pernah juga terlibt kpd hubungan songsng ini tp atas nafsu semata2x lepas tu baru tersedar yg aku telah melakukan dosa, aku memang cetek ilmu agama, hanya mengikut kehendak nafsu, sekurang2x dengan nasihat kalian semua dpt mengingat kan sy kepd allah s.w.t. agar sy dpt mengelakkan diri dr maksiat itu, skali lg tq…

perjuangan melawan perasaan itu di kira jihad dan sekiranya menang dlm perjuangan itu, sudah pasti kemenangan yang sangat manis. andainya tewas tp dalam perjuangan, ia masih dikira mati fisabilillah. untuk itu, sy menyeru agar golongan itu tidak patah semangat dan teruskan perjuangan kerana ganjaran Allah pasti hadir nanti….

Manusia yang normal memang senang untuk berbicara apa sahaja, tapi kami yg ‘stuck’ dengan masalah ini yang perlu mengharungi semua ini tanpa kerelaan sendiri.

Kami mengenal Tuhan, kami faham syari’atnya, kami jelas yang mana halal dan yang mana haram. Kami jalankan tanggungjawab kami sebagai Muslim; kami solat, kami berpuasa, kami berzakat, kami mengaji al-Quran, kami faham intipati al-quran malah kami menghayatinya. Tapi kami tak terdaya untuk keluar daripada masalah ini.

Kami inginkan hidup yang normal. Kami inginkan isteri yang solehah. Kami rindukan anak-anak comel yang soleh hasil daripada zuriat kami sendiri. Kami cita-citakan keluarga bahagia dan sempurna. Tapi kami ‘stuck’ dengan naluri yang tidak dialu-alukan ini.

Kami seperti manusia lain juga, ingin bercinta dan dicintai. Kami perlukan kasih-sayang dan cinta daripada manusia. Tapi kami tak mampu untuk lakukan semua itu dengan manusia berlainan jantina, kerana kami tidak tertarik dengan mereka.

Kami bukan semata-mata damba pada seks. Kami hanya mahu menumpang hidup di dunia yang sementara ini dan mengecapi rasa manisnya cinta. Cuma kami tidak mampu melakukannya secara normal.

Fikir-fikirkanlah wahai umat. Janganlah dihukum kami disebabkan siapa kami. Kami sama seperti Muslim normal yang lain, inginkan kejayaan, kecemerlangan, dan kebahagiaan dunia & akhirat. Cuma kami diberikan ujian seberat ini dan kamu yang normal harus bersyukur kerana tidak perlu menanggung beban seperti ini dan dapat menjalani kehidupan yang normal.

Doakanlah orang-orang seperti kami terus diberikan kekuatan iman agar kami tidak terpesong jauh dan dijanjikan Jannah di akhirat sana.

=]

emmm..sememangnye ana agak tersentuh dgn luahan hati indah_81, maybe bley dikatakan same dgn hidup ana..
bakal suami pilihan mak n ayh…mmg beliau seorang lelaki yg baik..
tapi ana agak samar dgn real life beliau yg kdg kala wat ana berfikir…
lelaki sejati ke beliau? hopefully…mak ayah sgt2 sygkannye sampai ade adik berdik ana yg terase hati…pergaulan beliau dgn ‘kwn2′ lelaki beliau wat ana risau…mak n ayh xtau perkara ni…ana pendamkan saje…ana sntiase berdoa Allah kuatkan iman ana dan beliau…
~~bakal suamiku…~~
berubahlah….ana harap kite dpt harungi sume dugaan ni dgn tabah…ana sygkn anta walaupun ana xpernah ckp..ana xnak anta terus bergelumang dgn cara hidup anta skrg ni…ana rindukan anta yg dulu…yg sopan, rajin beribadah…jgn wat ana takut…
insya Allah..doa tu senjata muslim…
ana yakin anta bley berubah…ana yakin…wallahu ma’ana..
wslm…

Salam semua,

Setiap insan akan diduga didunia ini, samada dalam keadaan sedar atau tidak, tersurat atau tersirat, dalam apa jua bentuk dan keadaan samada kepayahan, kemewahan, kesakitan , kecantikan dan segalanyanya. Setiap sesuatu itu bersebab. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui akan segalanya, kerana Dia Maha Pencipta, yang mengaturkan kejadian malam dan siang, yang mencipta Adam dan Hawa, setiap kejadian ada hikmahnya yang tersendiri.

Kepada insan-insan diluar sana, ahli -ahli forum yang budiman, pembaca yang di hormati, usah dikesali dengan apa yang terjadi kerana itu semua adalah dugaan dari yang Esa. Sebaliknya hanya usaha-usaha yang membina, doa yang tulus dan tawakal sepenuh hati akan menyebabkan kalian tenang dan redha di atas setiap musibah yang diberikan.

Kepada para-para isteri yang mengalami nasib yang sama seperti indah-81, ketahuilah kalian bahawa kalian adalah antara insan-insan yang terpilih dengan dugaan seberat ini, terimanya dengan redha dihati, kerana hanya kesabaran, kekuatan akal dan kesucian hati dapat membawa kalian ke syurga firdausi. Kesakitannya amat tidak terperi, untuk di tanggung sendiri, apatah lagi tidak membisakan kalian berkongsi, rahsia peribadi, secara terbuka kerana demi membendung aib suami yang amat dicintai.

Berdoalah untuk kebaikan. Percayalah ini bukanlah kehendak kita, kita baru diduga seberat ini didunia, jadi jangan mengalah dah teruslah berusaha, berdoa dan bertawakallah. Mengadulah pada yang Esa kerana walaupun dengan hanya berbisik, sesungguhnya Dia Maha Mendengar akan keluhan kalian. Kerana dia Maha Mengasihani akan hamba yang mengingatiNya.

Andai tidak tertunai permintaan kalian sehingga ke akhir hayat, redhalah kerana tidak semua yang kita hajati bisa diperkenankan semasa kita berada didunia, sebaliknya balasan
kebaikan sudah dijanjikan olenNya. Bersabarlah, walau kalian insan yang lemah, kuatkan hati kalian. Memang dibibir mudah bicara, dihati tergenggam bara, dimulut tak tertelan derita. Difikiran tak terbelunggu rasa. Teruskan kehidupan seperti biasa dan berfikiranlah sebagai seorang Islam yang sentiasa positif. Hanya satu … inilah dugaan kalian yang perlu kalian terima dgn hati terbuka. Dekatkan diri sentiasa denganNya, yang pahit akan terasa manis, serabut tinggal, tenang mendatang. Disitu satu istilah REHA kalian telah kecapi dan mampu menguasai keaadaan. Teruskan berdoa yang terbaik untuk suami yang kalian cintai agar diberi hidayah dan terus mengingati kalian dan PenciptanNya.

Kepada yang mengalami, berikan ruang, jangan dicemuh, bantulah suami tercinta dengan kasih sayang. Biar dinista dengan kata-kata, biar birat bernanah terluka, rawatlah derita suami dengan kasih sayang, bawalah dia secara perlahan-lahan kerana kalian perlu melengkapinya.

Kepada insan-insan bernaluri istimewa, jangan terlalu memandang rendah diri kalian, kalian tetap mempunyai sesuatu yang tidak terdapat pada insan lain, dilahirkan dengan penuh sifat kasih sayang, kreatif, bijaksana lagi budi yang menawan, kalian mampu mengatasi sejuta lelaki perkasa dan mampu mencairkan hati setiap wanita yang mendambakan kasih kalian.

Walau punya ilmu yang mantap, derita batin tidak terucap, jiwa kian menyentap. Kalian diduga dengan dugaan yang maha hebat, kalian mudah tergelincir walau ilmu dunia dan akhirat penuh didada. Dimana nafsu menjadi taruhan.

Kepada yang yakin tidak mampu memberikan kebahagiaan pada bakal isteri, hanya kalian yang dapat menentukannya. Kalian bisa menipu orang lain tetapi tidak mampu menipu diri sendiri. Akan tetapi percayalah kalian tidak akan mampu menolak sekiranya sesuatu yang telah dijanjikan diloh mahfuz datang walau tidak kalian seru. Andai jodoh kalian telah tiba, berubahlah demi kebaikan. Walaupun hanya secara perlahan-lahan, itu adalah lebih baik daripada tidak langsung melakukannhya.

Tingkatkan keimanan, berzikir dan berdoalah sentiasa, kerana hanya dengan cara ini kalian dapat memerangi gejolak perasaan yang meruntun. Kurangkan atau terus tinggalkan budaya negatif. Lakukan secara perlahan-lahan. Insyaallah kalian mampu lakukannya. Beribadahlah sentiasa, yakinilah, kalian akan merasakan dugaan yang maha hebat ini menjadi sesutu kemanisan yang tidak terhingga. Ikhlaskan hati dan bersolatlah selalu.

bagus blog ini dikeluarkan untuk tatapan semua gay dan juga mydarkan mereka

Assalamu’alaikum wahai saudara2 seislamku….

Semoga ALLAH Ta’ala membalas kamu dengan kebaikan dan rahmat yang banyak…

Aku jugak seorang lelaki yang berjiwa begitu. Puas aku menafikan, namun itulah hakikatnya dan sekarang ini aku pasrah akan ketetapannya sebagai ujian bagiku. Sesetengah lidah mudah berbicara… namun jikalau ALLAH Ta’ala membolak balikkan hatinya, belum tentu dia dapat melawan nafsu songsang ini. Sebab itu, jangan mudah merasa remeh akan seseorang yang lain.

Imam al-Ghazali pernah berkata… orang yang merasa akan mati dalam husnul khatimah, adalah daripada tanda2 akan mati dalam suul khatimah (wana’udzubillahi min dzalik)

Melihat akan masyarakat sekeliling yang berkahwin, mempunyai anak dan mempunyai kehidupan yang saling melengkapi sedikit sebanyak memberi luka pada hati ini… Bagi mereka yang mempunyai naluri gay seperti aku, mereka berada dalam keadaan tersisih atas ketersisihan. Tersisih di sebabkan naluri yang songsang, ketersisihan dalam melayari kehidupan lumrah sebagai seorang lelaki… Bukan nya mudah… Hatiku ini ibarat disiat2 menahan kesakitan terutamanya mengetahui orang yang aku paling cintai adalah seorang lelaki… Dan lelaki itu berumahtangga dan bahagia di depan aku..

Namun aku percaya dengan ALLAH Ta’ala yang Maha mendengar setiap rintihan hambaNya. Yang Maha Mengabulkan dari segala pengabul… Aku lalui jugak walaupun perit. Betullah kata madah sebuah syair… sesuatu itu lebih bererti apabila dihayati…. tak kenal maka tak cinta… Setelah aku melalui fasa2 keperitan itu, aku dapat suatu yang manis… iaitu manisnya kita dalam agama Islam. Walaupun aku tak dapat mengecapi cinta yang begitu didamba2 kan oleh manusia di dunia ini, aku mengharapkan cinta itu wujud untuk ALLAH, walaupun aku sedar siapa aku untuk mendapat cintaNya.

Walaupun begitu, aku akan cuba dan tetap terus cuba insya ALLAH selagi hayat dikandung badan. Aku minta doa dari semua pembaca yang membaca posting ku ini supaya ALLAH memberiku kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Sekarang ni naluri itu masih dormant, namun ia pasti akan diekspress semula dalam tahap kehidupan aku seterusnya.

Aku menyeru mereka yang ada naluri yang sama dengan aku agar melazimi majlis2 ilmu agama. Belajarlah ilmu kerana ia adalah fardhu ke atas seorang Islam. Alhamdulillah, aku mendapati ketenangan di sana dengan menatap wajah orang2 yang soleh (yang benar2 soleh) dan mendengar mutiara2 dari kalam para ‘ulama yang menuntut ilmu melalui satu rantai yang sampai kepada junjungan kita Rasulullah s.a.w…

Jika aku merasa dunia ini sempit bagiku (jika naluri dan ketersisihan itu merajai), aku suka ingat akan kesusahan orang lain, agar kesusahanku dapat diringankan sikit… aku percaya aku bukanlah insan yang paling berat dugaannya di dunia. Yang paling berat adalah para anbiya’, lepas tu para auliya’, pastu yang semisal dengannya. Apabila membaca kisah mereka, aku seperti diberi suntikan untuk terus berjuang… inilah yang aku gelar… The Battle of Lifetime…

Cinta yang bergelojak kepada seorang lelaki itu… aku pindahkannya kepada cinta sebagai seorang sahabat… Kalau aku cintakan dia dan dia cintakan aku (memang jarang macam tu), adakah aku akan bersama dengan dia sedangkan dengan kebersamaan kami, aku memawa dia jauh dari ALLAH s.w.t? Kalau aku cinta dia, aku takkan memiarkan dia membuat sesuatu yang mengundang azab dari ALLAH s.w.t…

Pedih di hati memang pedih… terutamanya rasa isolative dan inferiority menguasaiku dalam pergaulan dengan lelaki… apakandaya dah taqdir aku…dan insya ALLAH aku akan menanggung dan menentangnya sampai mati… maka doakanlah aku yang hina ini. Alhamdulillah aku belum pernah membuat apa yang gay selalu buat. Kepada mereka yang jijik dgn kami…. ingatlah… jangan pernah merasa aman dengan makar (rancangan) ALLAH Ta’ala. Ya ALLAH… bantulah hambaMu ini yang daif lagi naif dalam mengemudi bahtera di lautan bergelora untuk menuju destinasi bagiku mendapat cintaMu yang akan dapat menghapus akan segala kedukacitaanku…Semoga perkongsianku yang sedikit ini memberi manfa’at.

kalau di kalangan sedar n insaf akan dosa mgikut nfsu gay.Mgadu la dgn Allah n ikhlaskn diri utk memohon petunjuk n pertolongan drNya.Tiada pyakit yg xblh diubati kcuali maut.Jgn brputus asa…Allah xprnh menzalimi hambaNya kecuali hambanya sendiri yg menzalimi dirinya sendiri.Muhasabah la diri kalian,adakh memadai n mencukupi usaha kalian memerangi nfsu sonsang tersebut???Allah tidak pernah menolak kepada doa hambanya yang ikhlas…wallahualam.

subhanallah…
terkesima aku seketika apabila membaca komen2 saudara…
dan saudari…
tanpa ku sedari…
mengalir air mata di pipi…
tanpa ku sedari…
hatiku kecut dan pilu…
wahai ALLAH tuhan yang maha penyanyang…
sungguh berat ujian mu ya ALLAH…
daku juga tidak lekang dari nafsu songsang ini…
aku sering berimaginasi dengan kaum sejenis…
walaupun dibesarkan dalam keluarga yang kuat beragama….
namun ia masih tidak mampu untuk menghalangku daripada menyukai sesama jenis….
namun setelah daku baca komentar2 dan teguran2 yang penuh hikmah di atas….
timbul satu keazaman….
akan ku harungi hidup ini dengan penuh kesabaran…..
wahai ALLAH..janganlah hendaknya engkau uji hambamu dengan ujian yang tak mampu hambamu tanggungi….
bimbinglah hamba ya ALLAH menuju jalan yang diredhai…amin yarabbalalamin….

ujian yg ditanggung amat berat sekali..
nak pulak untuk mendapat cinta sejenis semakin
senang..dgn ade ruangan sosial yang puluhan di IT ini.

mmg susah bila ada naluri macm ni.. :(

Salam…

Isu gay dan lesbian ini memang agak sensitif dan sangat sukar difahami oleh mereka yang mempunyai naluri yang normal.
Walaupun begitu,kita tidak boleh sewenang-wenang nya utk mencaci atau menyisihkan golongan ini. Kerana naluri yang hadir bukan lah kehendak diri sendiri dan sememangnya wujud sejak mula2 melihat dunia….sungguhpun begitu saya bukan lah menyokong isu ini cuma ingin berkongsi pendapat dan meluahkan pemahaman saya tentang naluri yang tidak normal ini.
Kepada mereka yang mempunyai naluri seperti itu….tidak salah untuk merasai perasaan menyukai@jatuh cinta kpd sesama jantina TETAPI jangan sesekali DIPENGARUHI oleh perasaan tersebut hingga menyebabkan berlakunya perbuatan yang mendatangkan DOSA BESAR…Mohon maaf jika ada kata-kata yang menyinggung mana2 pihak secara tidak langsung.

-sekian-

bila aku baca atikel ni aku rasa sayu sgt…
smpai aku mengalirkan air mata…. aku pun sama , punya naluri begini… dan aku pernah terlanjur…. smpaikan pada satu tahap aku rasa bersalah sangat2..rasa berdosa sgt2…. dan dari situ aku tidak lagi melakukanya…aku takut…. takut akan azab yg bakal aku terima nanti…
walaupun dah lama aku tinggalkan tapi perasaan ini tetap tak mahu berubah… tapi aku akan terus berjuang…
pada kawan2 terima kasih kerana sentiasa memberikan kami semangat kepada kami…
semoga pd satu masa nanti kami berjaya dalam perjuangan ini…amin…

Setuju dengan Wan. memang sayu bila baca artikel ni. Utk pengetahuan semua sya bkl bertunang dengan slh sorang lelaki yang sya tahu dia pernah terlibat dengan dunia gay. sya serba salah kerana dia bersungguh-sungguh meminta saya memberi peluang kepada dia untuk berubah. saya keliru kerana saya tengok dia masih lagi bergaul dengan ‘kawan-kawan’ dia. Saya harap sangat saudara-saudari dpt memberi pendapat kpd permasalahan sya.

anna.. teruskan untuk bertunang dengannya…. tidak salah bergaul dengan kawan2nya.. asalkan dapat kawal perasaan nafsu… cubalah anna fikirkan…. adakah gay ini x layak nk kahwin? anna mesti bg 1 peluang atau berterusan peluang… kerana dengan cara ini pasti akan mendatangkan kebaikan.. Insya Allah, Allah selalu akan membantu

anna.. Allah itu selalu bersama dengan oran2 y sabar… anna juga jngn serba salah dengan golongan gay… mereka juga inginkan kebahagiaan bersama seorang isteri…. adakah anna tidak mahu mencuba untuk menjadi isteri y dapat membelai kasih seoarang gay… Allah tidak menghukum atas perasaan sahaja tp Allah menghukum bila kita lahirkan perasaan itu dengan perbuatan…. anna mesti fahamkan…. saya boleh katakan…. golongan gay bukan semua yang sukakan lelaki.. ada gay y suka lelaki n wanita.. jd ad 2 nafsu pulak… dengan 2 nafsu ni lah mungkin mereka akan memilih y terbaik… sesungguhnya Allah lebih tahu dari kita.. jadi kita tidak boleh menghina golongan ini.. kerana berkemungkinan besar mereka kita yang lebih hina dan mereka y lebih baik….. apa y perlu kita bimbangkan adalah akidah umat Islam y terpesong jauh….. bukan sifat gay seseorang….. anna mesti bertunang dengannya…. serah kpd Allah….

Assalammualaikum..

Benr2 hEbat isu nie diprkatakn..sy rase amat tertarik ttg isu ini smpai sy sendiri cuba mdalami golongan mereka ini..tp dr apew y sy tau..mereka bkn hendak mereka jd begini..kalo bole mereka jgk nk hidp sbgai manusia normal..bg sy x pernh nk myisih atau mmndg hina thdp golongan ini..n x myokong…tetapi sy sbgai manusia biase x lepas dr mlakukn dosa mggp mereka ini harus la diberi sokongn moral..mmg malu kalo kite sndiri adew prsn sosang nie..
tp ia insyallah msih bole diperbetulkn dgn usaha..doa n tawakal..
kdg sy tfikir bgai mane la mereka lalui hari2 mereka dgn keadaan diri mereka ini y sntias dpndg serong…bkn sng utk mghadapi yer..so kiter sbgai mnusia normal..y dianugerhkn Allah dgn naluri y benar ats lndasn yer..harusla bsyukur..
Kpd golongn ”gay/lesbian” masih belum tlmbt utk mereka berubh..ingt la tuhan itu x kejam n psti dgn usaha hati kamu semua dibuka kmbali utk ke jln y diredai Allah..kami masih myokong anda semua utk bErubh..
Kpd si dia..sy hrp sgt awk bErubh n sy sggp trima awk kmbali..

Salam..
Apabila menyentuh ttg seks songsang(homoseksuality) sperti dikisahknmelalui kisah kaum Nabi Lut..dr surah Asy-Syu’ra..ayt 165-174…Allah swt tlh merakam sbhgian dialog atr Nabi Luth dgn kaum yer..
Ayt 165:”Patutkah kamu melakukan hbgn jenis dgn llaki dr klgn manusia”..
Ayt 166:”Dan kamu tingglkn apa y diciptakn oleh Tuhan kamu utk kamu(melakukn hbgn y halal)dr bdn isteri2 kamu??(kamu org2 y bslh)bahkn kamu ialah kaum y melampaui bats!!
Ayt 167:Mereka mnjwb”Sesungguhnya jika engkau x bhenti wahai Luth(drpd terus mcaci n myalhkn kami)nescaya engkau akn diusir keluar(mksud disini tmpt y bnama kota Sadum iaitu tletak di kwsn laut mati spjg smpdn Palestin,Jordan) !!
Akhirya Nabi Luth btajjut kpd Allah memohon supaya myelmtkn dirinya n keluarganya dr kebinasaan y bkl menimpa kaumya..
Seleps 2 Allah tlh mperkennkn doa Nabi Luth n tlh blaku la peristiwa y dasyat y ditimpakn keats kaum Nabi Luth..Kesan dr kjadian ini masih ade..bg mereka y ingin meliht kesn ye bole la search yup..
So,,kOnlusinye bdsrkn kish sbnr…kaum ini dilaknat oleh Allah krn melakukan hbgn sejenis iaitu melakukn seks y bkn hala n dgn kaum sejenis ye..so bg mereka y tlh jauh terpesong kmbali la btaubt..kyataan sy disini bkn utk mghina/mcaci golongn sjenis ini..tetapi sbgai mgigati mereka n mjadi kn kisah y berlaku keats kaum Nabi Luth ini sbgai iktibar..n ingtla kata2 Nabi Muhammad dlm hadisya..”Tidak akn berzina sorg penzina itu dlm keadaan beriman”…Hadis ini mgmbrkn jika adew iman insyallah kita akn tlindung dr melakukn maksiat..Kpd golongn sejenis ini jgn la kamu mbiarkn perasaan i2 terus mguasai diri kamu..kuat kn la iman kamu..sesungguhyer iman itu la perisai bg diri kamu..
Kpd masyarakat jgn la pulak mncaci or judge mereka dgn pelbagai andaian..mereka tetap hamba Allah y same mcm kita..n setiap kbaikn y mereka lakukn sme ada diterima atau x bkn la urusn kita..hnya Allah shje y layak mnentukn yer..jd same2 la kita merenung kembali apew y tlh kita lakukn…Sesungguh yer Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih thdp makhluk yer..
Wawallahua’alam….

assalam sunnyeizham1 ,
can i hv ur email,
i wish i culd chat wit u bout diz..
i agreed wit da coment u’ve placed..
i juz ned ur suport 4 our ‘test’..
wil b rlly apriciate if u culd do so..
thx

saya sangat terkesan dengan kata-kata pendorong Dr. Fais Ibrahim..terima kasih Dr..hanya Allah yang dapat membalasnya..saya bersyukur dapat menjejaki blog ini.Perit dan derita menjadi isteri seorang gay hanya Allah sahaja yang tahu.Buat golongan gay dan para isteri kepada golongan gay cerita saya yang sedikit inni diharapkan dapat kita sama-sama renungi untuk iktibar..Sebelum bertemu dan berkahwin dengan suami saya, saya telah memeluk Islam kerana sekian lama mencari Allah saya telah menemui-Nya di dalam Islam. Alhamdullilah..saya rasa telah memperolehi sesuatu yang sangat tidak ternilai..tapi hati ini rasa keseorangan pula..saat itu saya sedar saya mempunyai keluarga, mereka menyayangi saya walaupun berlainan agama tapi saya inginkan keluarga Islam.Saya berdoa kepada-Nya semoga ditemukan seorang suami dari kalangan orang Islam agar saya dapat memiliki kelurga dari kalangan orang Islam yakni keluarga mertua. Alhamdullilah..Allah memakbulkankannya…diringgkaskan cerita saya bertemu jodoh dengan suami saya. Tiada bulan madu..malam pertama suami masuk tidur lewat..malam kedua suami melayan game diruang tamu..tidurlah seorang isteri ‘pengantin baru’ keseorangan sehingga pagi…hari2 berikutnya suami melepak dengan sepupu-sepupu lelaki dan kawan-kawannya sehingga jauh malan..hampr subuh baru suami masuk ke bilik tidur.. pelik.. 7 bulan kami tinggal berjauhan kerana faktor berjauhan tempat kerja..selepas itu permohonan berpindah tempat kerja ke tempat suami diluluskan. Setelah tinggal serumah bermula suka duka sebenar kehidupan suami isteri. ada tabiat pelik iaitu suka melepak dengan kawan-kawan lelaki yang kebanyakannya lebih muda daripadanya, bahkan ada di antaranya dari golongan remaja berumur lingkungan 15-25 tahun. Tambah pelik lagi bila suami menghabiskan masanya sepanjang malam di tingkat bawah bersama rakan-rakannya sehingga ke pagi sedangkan saya menunggunya hingga terlena dibilik tingkat atas seorang diri. Adakah anda terfikir sekarang kemungkinan saya isteri yang sangat bodoh? Saya keliru sebenarnya…keliru sangat kerana agama menuntut isteri patuh kepada suami dan suami saya sentiasa mengarahkan saya naik ke bilik atas setiap kali rakan-rakannya datang kerumah..malangnya kunjungan yang tidak mengira adap bertamu. Saya ingatkan suami bahawa saya wanita biasa perlukan belaian suami…suami masuk ke bilik tidur juga tetapi setelah hampir subuh. Hampir setip hari macam tu. Adakah saya isteri yang tabah dan penyabar?TIDAK!!Akhirnya satu malam ketidakpuasan hati pada suami dan kemarahan saya pada rakan-rakan suami meletup. Saya rasa perlu saya turun ke bawah dan ambil tahu apa yang suami saya dan rakan-rakannya buat ditingkat bawah. Terkejut tidak percaya…mereka sedang menyarap dadah.. Suami dan rakan-rakannya tidak sedar saya memerhatikan mereka dari tangga atas..bayangkanlah perasaan saya masa tu…diringkaskan lagi kisah ini..saya tanyakan suami hal tersebut keesokan harinya tetapi suami tidak memberi sedikit responpun. Saya pula hanya manusia yang tidak sempurna juga dan memikirkan kesihatan mak mertua saya yang menghidap tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung…lagi pula jodoh saya dengannya adalah ketentuan Allah,,.maka saya perlu teruskan hidup sebagai isterinya. Bila saya tahu suami seorang gay?Suatu hari saya menelefon suami bertanya sama ada perlu tidak saya bungkuskannya makanan tengahari..suami meminta saya membungkus makanan untuk 2 orang. Setiba di rumah, saya dapati pintu depan dan grill besinya kedua-duanya berkunci. Terasa hairan sangat..selepas diketuk berkali-kali suami membuka pintu dan grill. Suami masuk ke bilik tempat lepaknya bersama rakan-rakannya, saya pula duduk disofa diruang tamu melepaskan penat dari kerja. Saya terpandang buku kecil di atas meja..saya ambil sambil membelek-belek buku apakah itu. Entah kenapa saya terbelek satu muka surat yang kandungannya menyentak jantung saya dan kali ini terasa lebih dasyat dari kali pertama mendapati suami dan rakan-rakannya sedang menyarap dadah. Tercetus jeritan kecil dari mulutku sedang hatiku menangis lirih..’ya Allah..rupa-rupanya suamiku gay..aku terkedu seketika dan mendadak pula timbul rasa marah dan benciku pada suamiku masa itu dan aku meluruh ke bilik di mana suamiku berada dan memusing tombol pintu..ternyata tidak dikunci pula…daun pintu terbuka dan tampak dua orang lelaki yang tidak berbaju dan hanya berseluar dalam pendek sahaja..dan dua orang lelaki itu adalah suamiku dan rakannya yang tercatat namanya sebagai pasangan suamiku melakukan hubungan sejenis dan menurut suamiku dalam catatan itu ‘…itulah saat yang paling bahagia apabila dapat meminum air mani dari k- – – k…’ Saya baling buku catatan itu ke arah kedua-duanya dan keluar dari rumah…tidak tahu arah tujuan hanya terasa hendak meninggalkan tempat itu sahaja..akhirnya saya hanya berjalan mengelilingi taman perumahan..mujur taman perumahan agak besar untuk saya membawa diri seketika.Diringkaskan kisah lagi…saya meminta penjelasan dari suami tapi kata suami saya boleh cakap dan anggap dia apa saja tapi hanya Allah sahaja tahu hakikatnya….keliru..kelirunya saya. Beberapa bulan tinggal dengan suami dengan berbagai macam asam garam hidup berumahtangga…saya mengandung juga,,,dan dugaan menjenguk lagi..sejak kandungan saya berusia empat bulan suami tidak tidur sebilik dengan saya lagi sehingga sekarang anak saya sudah berumur setahun 6 bulan. Saya selalu menuntut hak saya sebagai isteri dan mengingatkan suami demikian juga hak anak tetapi suami diam sahaja..saya pernah beberapa kali meminta cerai dari suami kerana bagi saya jika dia tidak perlukan seorang isteri lebih baik ceraikan saja daripada dia menanggung dosa mengabaikan kewajipan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri. kalau diikutkan hati hendak sahaja saya menuntut cerai di mahkamah Syariah. Tetapi..wahai para suami ketahuilah…hati isteri…kurniaan Allah kepada kalian wahai kaum Adam bergelar suami…seberapa banyak terlukapun…seberapa banyak airmata tumpahpun…hati kaum hawa bergelar isteri sentiasa sanggup memaafkan…saat ini saya masih isteri kepada suamiku..menunggu dan mengharapkannya berubah..msemoga Allah memberikannya hidayah dan dengan kehendak-Nya juga semoga suamiku menjadi seorang hamba Allah yang solleh..semoga perjuangan dan pengorbanan ini berbaloi…Amin.

pening!

boleh tak saya dapatkan e-mel insan-insan yang senasib dengan saya. hampir tiga tahun selepas saya dikejutkan dengan pengakuan suami biseksual yang curang. bertahan demi anak-anak. tapi bukan mudah bila sudah hilang kepercayaan. demi menjaga aib suami dan maruah serta masa depan anak-anak , insan seperti kami bukan mudah menceritakan masalah dihadapi hatta dengan ibu sendiri. kalau boleh ingin berkongsi masalah ini dengan insan senasib.

hidup saya juga suami sekarang saling tidak membahagiakan. kalau tidak kerana anak ingin saya berpisah dengannya. ya tuhan, berilah hambaMu jalan keluar dari permasalahan ini.

nafsu jangan dibuai kerana ingatlah nafsu adalah makhluk yang ingkar bila ditanya siapakah Tuhannya. Puasa dapat mengikat nafsu syahwat dan jangan berbantah-bantah dengan kebenaran kerana manusia munafiq dan kafir sahaja akan sedaya upaya menggunakan akal logik untuk menghalalkan sesuatu yang jelas haramnya

This excellent website certainly has all of the information I needed about this
subject and didn’t know who to ask.

Just wish to say your article is as astounding. The clearness in your post is just cool
and i can assume you are an expert on this subject. Fine with your
permission allow me to grab your feed to keep up to date
with forthcoming post. Thanks a million and please keep up the enjoyable work.

After I initially left a comment I appear to have clicked the -Notify me when new comments are added- checkbox and from now on
whenever a comment is added I recieve 4 emails with the exact same
comment. Perhaps there is a means you can remove me from that service?
Appreciate it!

Quality articles or reviews is the secret to invite the users to visit the web page, that’s what this web site is providing.

I do not even know how I ended up here, however I thought this submit used to be good.
I don’t recognize who you are however definitely you’re
going to a famous blogger for those who are not already.
Cheers!

I have been browsing online more than three hours today, yet I never found any interesting article like yours.
It’s pretty worth enough for me. In my view, if all site owners and bloggers made good content as you did, the web will be a lot more useful than ever before.

It’s an awesome piece of writing in support of all the internet users; they will get benefit from it I am sure.

I know this website provides quality dependent articles
and additional information, is there any other web page which offers such stuff in
quality?

Do you have a spam problem on this website; I also am
a blogger, and I was curious about your situation; many of us have developed
some nice procedures and we are looking to exchange techniques
with other folks, why not shoot me an e-mail if interested.

Hi, I check your blogs on a regular basis. Your humoristic style is witty, keep up the good work!

Great article.

Attractive component of content. I just stumbled upon your weblog and in accession capital to assert that I get in fact enjoyed account your blog posts.
Anyway I will be subscribing on your feeds and even I achievement you access constantly fast.

That is a really good tip particularly to those fresh to the blogosphere.
Short but very accurate information… Thanks for sharing this one.
A must read post!

It’s great that you are getting thoughts from this piece of writing as well as from our argument made here.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 206,465 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 63 other followers

%d bloggers like this: