Blog Dakwah Remaja

Rahsia Menjadi Isteri Solehah

Posted by: hua3x on: 03/04/2009

ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

Sumber: Metro

Kredit: Mesra.Net

5 Respons kepada "Rahsia Menjadi Isteri Solehah"

Alhamdulillah.. terima kasih..
Tetapi x faham & sedih knp isteri zaman sekrg lbh cenderung kpd lelaki lain sedangkan sudah m’punyai suami..

x payah……………..cakap lebihhhhhhhhhhhh………prepuan sume same je………

sume perempuan sama jeeeeeeeeeeeeeee……
engkau cakap pun lebih…………….

tapi bagaimana lak kalu suami yang tak tunaikn tgjwb?mcm mn perempuan nk jd isteri solehah?…xadil asyik perempuan dipersalahkan…

tetapi kedua2 belah pihak haruslah bersama2 menjalankan tanggungjawab memasing

xleh juga nk slhkn satu pihak je

Tinggalkan jawapan

Buletin Terbaru.

assalamualaikum, saya ingin memohon maaf kerana saya jarang update blog ini. mungkin ramai yang menunggu update tetapi saya x update2 juga. Saya agak sibuk dengan peperiksaan semester 1 program matrikulasi 2-3 minggu yang lalu. Dan sebelum itu lagi, saya tiada masa lapang untuk update artikel baru. Sekarang saya cuti, jadi insyaALLAH saya akan cuba cari input2 baru untuk tatapan anda sekalian. insyaALLAH.

Harap sudi menyokong saya daripada belakang dengan memberikan komen dan melawat ke blog ini.

Sekian, wassalam

p/s: mungkin ada sesetengah artikel yg mempunyai huruf yang tidak seragam, ini adalah kerana masalah copy-paste yg saya lakukan. jika ia menyukarkan anda utk membaca, sila kirim komen anda di arkitel itu dan nyatakan masalah yang anda hadapi utk membacanya. insyaALLAh saya akan menyelesaikannya sebaik mungkin

Blog Stats

  • 23,743 views

 

April 2009
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Komuniti Belia – bm + english

BlogMalaysia.com

Arkib

Komen terbaru

dee pada 2012..bersediakah kita?
AZIE.. pada Untukmu..Sabarlah Wahai R…
nur ain izzati jasni pada Aku Menunggumu
mohd pada Bahaya Nafsu Lelaki
nur pada Parti Gay di KL

Kategori

My Personal Blog

Diriku Di Sini

Ikuti Saya Di Twitter

Asal Pengunjung