Blog Dakwah Remaja

Archive for Januari 2009

Jangan baca jika tidak ikhlas…

Ini adalah satu doa:

Bismillahhirrahmannirrahim.

Ya Allah, lindungilah masyarakat palestin daripada ancaman bahaya dari kafir Israel.

Demi Allah, saya akan sebarkan doa ini kepada 10 orang rakan saya.

Akan dikeluarkan orang yang meratapi  kematian daripada kuburnya dalam keadaan dipakaikasut dan pakaiannya daripada minyak api neraka. Kedua-dua tangannya berada di atas kepalanya sambil memanggil-manggil lalu para malaikat pun menyahut sambil berkata ‘amin’. Kemudian mereka itu dimasukkan ke dalam neraka.

Apabila disebut namanya oleh suara orang yang meratapi kematian dengan tangisan, maka malaikat Zabaniyah akan memukulnya dan berkata “Engkau telah disebut dengan sifat ini.” Lalu si mati ber kata “Aku sekarang ini tidak berdayadan terlalu daif.” Maka malaikat Zabaniyah berkata: “Mengapa engkau tidak mengingatkannya.”

Menutup Aurat

Posted on: 30/01/2009

MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat.

JAWAPAN DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.

Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.

Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak.

Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup.” Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.

Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.

Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)

Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: “Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya.” (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).

Manakala Abu Ubaidah berpendapat: “Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah.”(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8)

Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.

Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.

Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai ‘ahl al-bait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.

Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.

Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.

Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuannya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.

Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?

Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.

Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.

Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.

kte kumo….ampunilah dosa mulut n lidah ku..
basuh muke…putih an mke ku di akhirat…
bsh tgn kann…berikanlah hisab2 di tgn knan ku ini…
tgn kiri…..jgnlah Kau brikan husb2 d tgn kiri ku ini…
kepala….lindungi dr panas terik akhirat…
telinga…ampunilah telinga yg mendenga fitnah..
kaki knan…permudah melalui titian Siratul Mustaqim
kaki kri..bwakan daku ke tmpt2 ibadah

Sumber:  Bowboo

Setiap orang yang berzina itu akan dikenakan  seratus kali sebatan.

Akan dikenakan 3 musibah di dunia dan 3 lagi di akhirat.

Di dunia:

  1. Dikurangkan oleh Allah S. W.T rezekinya yang halal.
  2. Dihilangkan keberkatan pada umurnya.
  3. Apabila keluar rohnya daripada jasad terlindung daripada pandangan Allah S.W.T. dan ditunjukkan kepadanya bayangan neraka dan malaikat Zabaniyah.

Di akhirat:

  1. Allah S.W.T memandangnya dengan pandangan yang murka.
  2. Mendapat seksaan yang amat berat.
  3. Akan diseksa dengan rantai api neraka dimana jika diturunkan ke bumi, hancurlah seluruh bumi.

“Barangsiapa yang mengisi pandangan dengan pandangan yang haram, Allah S.W.T akan mengisi matanya dengan api neraka JAHANAM. Barangsiapa yang berzina dengan seorang perempuan akan dibangkitkan  oleh Allah S.W.T daripada kuburnya dalam keadaan dahaga, telanjang,  menangis duka cita, dan hitam mukanya. Pada lehernya digantung rantai daripada api neraka dan pakaiannya pula daripada percikan api neraka. Terdapat juga ular dan kala jengking yang berlengkar pada kemaluan orang yang berzina. Barangsiapa yang berjabat tangan dengan perempuan yang haram, dia datang pada hari kiamat dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada lehernya rantai api neraka. Jika ia mencium hidung perempuan itu, nescaya bibirnya dan hidung akan digunting oleh malaikat Zabaniyah dengan gunting api neraka.”

Sumber: Buku ‘Peringatan kepada orang yang lalai karya Haji Abdullah bin Abdul Mubin Al-Syafie’

Assalamualaikum wbk..
Bismillahirrahmanirrahim,
Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap
Rasullullah s. a. w dan bertanya: “Wahai
Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai
firman Allah s. a. w: “Pada sangkakala ditiup,
maka kamu sekalian datang berbaris-baris” –
(Surah an-Naba’:18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis
hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada
aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku
akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi
12 barisan, masing-masing dengan pembawaan
mereka sendiri…. Maka dinyatakan apakah 12
barisan berkenanaan iaitu:

BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan
tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini
dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang
Maha Pengasih: ” Mereka itu adalah orang-orang
yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya,
maka in balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka…”

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk
**** hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang
maha pengasih: “Mereka itu adalah orang yang
ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah
balasannya dan tempat kembalinya adalah
neraka…”

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai,
sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan
kala jengking. “Meraka ini adalah orang yang
enggan membayar zakat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan
keadaan darah seperti air pancutan keluar dari
mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yang
berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya
dan tempat mereka adalah neraka..”

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau
busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w
menurunkan angin sehingga bau busuk itu
mengganggu ketenteraman di Padang
Masyar. “Mereka ini adalah orang yang
menyembunyikan perlakuan derhaka takut
diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut
kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan
keadaan kepala mereka terputus dari
badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi
palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..”

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa
mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir
keluar nanah dan darah. “Meraka itu adalah orang
yang enggan memberi kesaksian di atas
kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat
kembalu mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam
keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki
keatas. ” Meraka adalah orang yang berbuat zina,
maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..”

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan
berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara
dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. ”
Mereka itu adalah orang yang makan harta anak
yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka
dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak
dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka
kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka
dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang
seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar
sampai kedada dan lidah mereka terjulur
memanjang sampai keperut dan keluar beraneka
kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak,
maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari
kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana
bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti
kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang
Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah
orang yang beramal soleh dan banyak berbuat
baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal
dunia keadaan mereka bertaubat

Assalamualaikumwarahmatullah…

sekadar peringatan… Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untuk orang2 Yahudi untuk orang2 bukan yahudi yang bermaksud ‘ BINATANG’ dalam bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘ HAMBA2 BINATANG DAN ORANG2 SESAT’.. Pada zaman dahulu, orang2 Pagan menyembelih binatang untuk bintang yang dianggap tuhan. Orang2 Yahudi menggelarkan binatang itu AKUM sehingga nama itu lekat pula kepada orang2 bukan Yahudi kerana mereka dianggap seperti binatang dalam ajaran mereka. Adalah lebih baik jika kita menggantikan perkataan akum tu kepada salam=peace dlm bahasa arab.. Namun adalah lebih afdal jika kita menggunakan Assalamualaikum w.b.t secara keseluruhan… Jika anda sayangkan umat Islam,adalah lebih baik anda sebarkan kepada kawan2 yang lain..


Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 234,003 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung