Blog Dakwah Remaja

Archive for Februari 2009

Aurat : Apa Sudah Jadi ?

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

“Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?”

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

” Untuk nampak cantik ustaz…” katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : “Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?”

“Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga..” sambungnya.

“Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?” Tanya saya menguji.

” Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment’ (gangguan seksual) tu ustaz” dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

“Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?” Tambah saya.

” Erm, macam mana tu ustaz?” Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

“Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal” ..”Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya”

“Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh’ yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga” Tambah saya lagi memberi keyakinan.

“Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar”

“Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan” Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan “Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

“Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

“Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?” Tanya saya kembali.

“Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?” Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

“Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal”

“Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah ” terang saya.

“Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?” Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

“Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing” Jelas saya

“Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur”

PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami  beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii…peh..mengancam…dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :

“Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini..” Kemudian “disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit”

Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata’ melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?

“Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni” mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

“Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta…”

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. “tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?”. Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : “Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!” (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) – Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : ” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber’T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu’minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati’e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

” Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend’ sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code’ tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard’ berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard’  pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya” (Al-Mulk : 2)

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.

“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu”  (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”

Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang”

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar,  8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..” ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ;  Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Solat taubat

Posted on: 27/02/2009

Assalamu’alaikum Wr.Wb.

Barangkali ada diantara ikhwan dan akhwat yang mengetahui tentang tata cara sholat taubat beserta dengan do’a nya.

Wassalamu’alaikum Wr.Wb.

jawapan:

Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh,

Tatacara shalat taubat sama dengan shalat sunnah yang lain, yang membezakan hanyalah niatnya.  Jadi jika seseorang melakukan perbuatan dosa maka disunnahkan untuk segera melakukan shalat taubat dan berdoa meminta ampun kepada Allah Ta’ala.  Semoga tulisan berikut dapat bermanfaat.

Shalat Taubat

Allah Ta’ala berfirman,

Dan (juga) orang – orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa – dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui” (QS. Ali Imran : 135)

Sudah sepatutnya bagi seorang muslim untuk sentiasa berusaha bertakwa kepada Allah Ta’ala, juga selalu merasa dalam pengawasan-Nya, serta tidak terjerumus ke dalam maksiat. Jika pun seorang muslim berbuat dosa, maka sudah menjadi kewajipan baginya untuk segera bertaubat dan kembali ke jalan Allah Ta’ala. Dan Rasulullah ShallallaHu alaiHi wa sallam telah mensyari’atkan shalat ini ketika saat bertaubat.

Dari Ali radhiyallaHu ‘anHu, bahawa Rasulullah ShallallaHu alaiHi wa sallam bersabda,

Tidaklah seseorang melakukan perbuatan dosa lalu dia bangun dan bersuci, kemudian mengerjakan shalat, dan setelah itu memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan memberikan keampunan kepadanya” (HR. At Tirmidzi no. 406, lafazh ini miliknya, Abu Dawud no. 1521, Ibnu Majah no. 1395 dan lainnya, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Albani dalam Shahih Sunan At Tirmidzi I/128)

Berikut beberapa doa mohon ampunan kepada Allah Ta’ala yang dapat dibaca setelah shalat :

Rabbanaa dzalamnaa anfusanaa wa illam taghfirlanaa war hamnaa lakuunanna minal khaasiriin” yang ertinya “Ya Rabb kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang – orang yang merugi” (QS Al A’raaf : 23)

AllaHumma innii zhalamtu nafsii zhulman katsiiran wa laa yaghfirudz dzunuuba illa anta, faghfirlii maghfiratan min ‘indika warhamnii innaka antal ghafuurur rahiim” yang artinya “Ya Allah, sesungguhnya aku banyak menganiaya diriku dan tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Oleh karena itu ampunilah dosa – dosaku dengan ampunan dari sisi-Mu dan berikan rahmat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang” (HR. Al Bukhari no. 834 dan Muslim no. 2705)

Maraji’ :

Meneladani Shalat – shalat Sunnah Rasulullah, Syaikh Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul, Pustaka Imam Syafi’i, Bogor, Cetakan Kedua, Rabiul Awal 1425 H/ April 2004.

(Petikan daripada laman web ustaz zaharuddin)

( Kandungan ini akan memaparkan satu petikan artikel yang dihantar melalui email kepada saya oleh seorang pemuda)

Komentar Saya

Ada seorang menghantar kepada saya email ini yang mana saya merasakan artikel yang disertakannya agak memeranjatkan tetapi mempunyai banyak kebenaran serta dapat memberikan kaum wanita perspektif sebenar luahan seorang lelaki biasa di Malaysia.

Inilah sebabkan saya menyatakan semakin ramai orang yang sudah menjadikan duit dan seks sebagai tuhan di ketika ini.

Anda boleh melihat statistik web skim cepat kaya, sungguh ramai yang menyertainya walaupun ia terlalu karut untuk dipercayai.

Ketika saya bertemu dengan penerbit TV 9, saya bertanya apakah tajuk rancangan Halaqah yang biasanya mendapat rating tinggi. Maka dijawabnya “apabila tajuk berkenaan harta Pusaka”.

Minat kepada tajuk harta pusaka ini menunjukkan betapa ghairahnya umat Islam tentang harta mudah (free) dan cepat kaya tanpa usaha. Benar ia memang halal, tetapi secara ringkas menunjukkan kecenderungan serius dan minat meningkat apabila berkisar tentang harta. Risau saya meningkat bila memikirkan bagaimana dunia semakin mengikat minat kita hari ini, jika kecintaan kepada harta dilayan dengan perhatian yang cukup menggunung, pastinya ia akan menakluki seluruh jiwa seseorang itu, ketika itu, tiada lagi ruang buat ALLAH, RASULULLAH SAW  atau Islam itu sendiri. Minta kepada kebenaran dan Islam luntur lunturnya warna dari pakaian yang menjadi buruk.

Satu lagi peluru berbisa cabaran duniawi hari ini yang semkain menggila adalah nafsu dan seks. Kecenderungan apabila berkisar tentang seks dan hubungan laki wanita amat luar biasa perkembangannya. Cuba lihat berapa hits di web saya berkaitan “hukum Onani” iaitu 10,627 hits. Begitu ramai yang tertarik untuk melihat hukumnya, alhamdulillah, itu bagi mereka yang ada minat untuk faham redha Allah, bagaimana pula halnya mereka yang langsung tiada cenderung kepada hal ini?

Lihat juga apakah senarai hit ‘top four’ di sebuah web himpunan soal jawab agama di http://soaljawab.wordpress.com/ iaitu : 1) Seks dalam keadaan bogel 2) Orgams Tanpa Setubuh 3) Suami Isteri tonton Filem Blue 4) Hukum Melancap. Lihat, semua tajuk seks dan nafsu menjadi perhatian .

Tidak dinafikan sama sekali firman Allah SWT yang menyebut yang ertinya:-

“Dihiaskan dalam diri manusia(lelaki) cintakan syahwat kepada wanita dan anak-anak dan harta melimpah ruah dari emas dan perak….”

Setelah membuat sedikit pemotongan (terpaksa delete kerana bahasanya agak keterlaluan) kepada isi kandungan email dan artikel yang dihantar ini, disertakannya sebagai satu pendedahan tergempar kepada para wanita.

Berhati-hatilah dengan para lelaki, jangan mengambil mudah perihal nafsu mereka.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net

PETIKANNYA :-

Ustaz,

Apa pandangan ustaz tentang petikan artikel yang saya ambik ni ustaz?.. saya rasa macam ada benarnya bagi diri saya ni. Saya pemuda berusia 26 tahun, belum berkahwin..walaupun malu tetapi banyak yang diluahkannya mewakili apa yang saya alami.

Saya petik dari web www. (deleted)

Apa yang patut saya buat ?

Sekian

-Yang ingin bertaubat-

ini artikelnya :-

Apa itu SEKS ?

(bagaimana mengelakkan Zina)

18-SX, entry ini mengandungi unsur-unsur yang keterlaluan dan mungkin menyinggung sesetengah pihak, ada unsur kelucahan yang melampau, korang di nasihati tidak membaca seorang diri kerana di kuatiri akan terlanjur dengan tangan kiri, juga tidak boleh membaca bersama bukan muhrim kerana akan menggalakkan kepada penghampiran zina(janganlah korang menghampiri zina), juga hanya mereka yang berfikiran terbuka sahaja layak membaca-harap maklum!)

18-SX, serius, entry ini betul-betul lucah. Tidak di galakkan membaca kepada mereka yang cepat terangsang!!

18-SX, bagaimana lagi nak aku gambarkan? Entry ini merbahaya kepada ‘bot-bot kecil’ kerana takut di salah gunakan, tapi sekiranya korang adalah ‘bot-bot besar’ maka aku tak perlulah bimbang..insyAllah.

……………….

Baiklah, kita mulakan sekarang sebuah entry yang bercerita tentang SEKS…

Suatu hari dalam perjalanan dari Kuantan ke Terengganu, sebuah kereta bergerak dengan lajunya seolah-olah, “sekarang, sayalah yang terpantas..”

Kereta itu bukanlah ambulance, juga bukan kerata bomba, apatah lagi kereta polis, kereta mayat pun bukan..

Kereta itu adalah kereta hak milik persendirian, sebuah proton satria kuning yang di bawa oleh anak Pak Taib dengan nafsu gelora jiwa remaja, aku yang dah berkahwin menasihatinya..

“jangan bawak laju-laju, aku belum pergi haji lagi”

Semantara itu si jo yang masih bujang pula menasihati anak Pak Taib supaya bawak perlahan dengan alasan;

“aku belum kahwin lagi..”

Atau hakikat sebenar..

“aku tak nak mati lagi kerana aku belum rasa nikmat berset….,!!”

——————

Seks! Satu dari nikmat hidup…, banyak manusia jadi gila kerananya, ada yang bergaduh, berbunuhan, malahan berperang kerana seks!!!

Dan tak kurang juga yang di campakkan ke dalam neraka kerananya.. oh!

Hari ni jika korang rajin(banyak masa) cubalah semak akhbar dan berita, begitu banyak sekali kes zina, sumbang mahram, gangguan seks, seks oral, liwat, bersekedudukkan, buang anak, rogol-bunuh-bakar!!

Sehingga tak tercapai akalku..isk…

Daripada yang suka sama suka hinggalah kepada yang suka suka, yang mula mula tak suka sehingga jadi sukarela, yang agak suka sehingga yang suka setia, apa dah jadi?,

Masyarakat jadi huru hara, anak tak tahu nak berbin dan berbinti kan siapa, penyakit kelamin dan doctor sakit puan semakin kaya, HIV positif, Siflis, maruah tergadai, keturunan tercemar, lahir anak anak yang cenderung kepada maksiat, dosa dan noda sehingga kawan aiman yang umur 5 tahun tapi dia kecik sajer, bila main dia cepat letih, tapi aiman cakap: “dia tak kisah..”

Akupun tak mendikrimasikan kawan aiman, tapi kisahkah kita jika jumlah kawan ‘aiman’ semakin bertambah?..oh!

Kawan aiman menjadi mayat yang sukar di uruskan sehingga terpaksa meminta pengurus mayat yang pakar…
Apa perasaan Aiman bila lihat mayat sahabatnya….?

Seseorang telah jumpa Nabi Muhammad SAW dan mintak izin untuk berzina, sahabat lain ingin membunuhnya dek lantaran kekurang ajarnya kepada baginda lalu nasihat baginda lebih kurang maksud:
Sukakah kamu jika orang berzina dengan ibumu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan adikmu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan anakmu?

Sahabat itu menyatakan tidak suka sama sekali..
Lalu Nabi bersabda(lebih kurang maksud):

Begitu jugaklah orang yang kamu nak zina itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik, seorang isteri (lebih kurang maksud-tak sama macam Nabi sabdakan, tapi maksud sama)
Lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah tersebut..

Sahabat ini terharu, ketika perasaan untuk berzina memuncak dalam dirinya lalu dengan iman yang masih ada telah pergi minta izin dengan rasulullah untuk berzina, sahabat yang lain ingin membunuhnya, tapi baginda SAW telah menasihati dengan hikmah dan berdoa untuknya.., sehingga berkata sahabat ini:

“sejak hari itu, tiada yang lebih aku benci daripada zina”

Namun, dewasa ini, kita orang islam mengaku benci zina, tapi tidak dapat tidak, kita tak dapat mengelak dari zina…., di jalanan kita terdedah kepada segalam macam bentuk pra zina.., malahan di mana sahaja!!!

Kes zina telah menular ke seluruh cerok kampong, ke gugusan felda, ke celah celah bangunan sekolah, ke ITP, ke balai polis, ke kem tentera, ke Universti, malahan sampai ke masjid!!!

Naduzubillah?
Kenapa semua ini terjadi?

Adakah kerana masyarakat hari ini kurang pendidikan seks?
Tahukkah korang tentang pendidikan seks?

Dah lama aku dengar desas desus dan ura ura untuk mewujudkan pendidikan seks di sekolah, tapi apa sudah jadi pada cadangan itu?
Telah wujudkan?
Serius, aku tak tahu, jika sudah wujud, apakah silibusnya?
Adakah titik inzal juga akan di masukkan ke dalam silibus?

Baru baru ni masa aku ‘jalan-jalan pergi makan’ kat KL aku nampak ada anak-anak gadis yang pakai T-shirt yang bertulis ‘I’m seks education”.

Dahsyat…, dan dahsat juga untuk mata aku yang sempat membaca tulisan di baju anak dara..oh!

Hmm, betulkah anak dara? Zaman sekarang nak cari anak gadis yang betul betul berdara, bagaimana?

Akupun tak tahu, kalau korang baik! insyaAllah korang akan dapat pasangan yang baik…

Maka kali ni, aku yang dah berkahwin, nak nasihat sikit kat orang perempuan terutamanya, kerana secara amnya merekalah punca segala zina…
Al maklumlah, wanita itu adalah senjata syaitan..

Maka korang orang perempuan, kena beringat, jangan sampai setan jadikan korang sebagai ‘senjata’..
Aku bila terpandang wanita yang cantik dan seksi, yang memakai baju yang nampak ‘lurah neraka’ di jalanan berkata “oh! Kasihan kepada senjata setan ini…, lalu tundukkan pandangan dan membaca doa terlihat perempuan”
(jauhilah aku dari fitnah wanita dan azab kubur)

Nampak beriman dan baik aku kan? Huh, cuba wanita cantik macam Sonale bandre goda aku di tempat tertutup, kat luar hujan lebat, bini pulak datang bulan, huh! meremang bulu janggutku, tercabut kopiah, dan masuk neraka aku agaknya.. naduzubillah.

Aku berlindung dari ujian godaan seks..oh!

Aku sekarang ni pun dah dapat anak perempuan, bila besar jadi senjata syaitan jika aku tak didik betul betul.., bahaya-bahaya.. (kepada Allah aku memohon pertolongan)

Untuk pengetahuan korang wahai orang perempuan sekalian, orang lelaki boleh naik nafsu untuk seks adalah pada bila bila masa dan mampu stim dengan alasan yang simple sahaja, so korang kena jaga betul betul bila berurusan dengan orang lelaki, mereka orang lelaki ni, dengar suara orang perempuan dah naik stim, belum lagi bab tengok, tak tengok, just imagine pun boleh stim, kalau korang bagi peluang pada lelaki untuk pegang korang, bersedialah untuk masuk neraka dunia dan neraka jahanam!!

Dan ada orang lelaki yang boleh inzal just dengar suara perempuan dalam telepon.., so korang orang perempuan bila dah bergayut lama lama dengan lelaki apa akan jadi? Huh bila masuk cerita bab dalam kain, jadi senjata setanlah korang-naduzubillah..

Aku tahu kerana aku lelaki dan hidup dengan lelaki lelaki gila meroyan…oh!, dan lelaki bila dah stim, anu menegang, dalam masa yang agak lama, jika tak di pancutkan air mani, maka testis (DELETED) akan rasa ‘senak’, dan pada waktu ini keinginan untuk mencari (DELETED) untuk di pancutkan air mani meningkat dengan dahsyatnya…, masa tu otak lelaki jadi tak waras, tak boleh tidur (aku sendiri pernah alami-tak boleh tidur kerana teringin nak (DELETED)..oh!),

Masa tu jika ada iman, masih boleh buat buat sibuk dengan berzikir atau baca Al-quran atau buat-buat sibuk…, bagus jugak perasan sibuk ni..

Masa aku bujang dulu, jika aku stim malam malam, aku akan start motor keliling kampong, (nasib baik tak jumpa bohsia- tak caripun-Allah masih sayangkan aku)
Kemudian cari kawan, atau lepak minum teh’ tarik, lepak di jalan tengok orang atau tengok mat remp-it buat aksi yang cemas dan mendebarkan… mak aku selalu membebel bila aku keluar malam-malam, tahukah mak yang saya waktu tu “air mani dah penuh (DELETED) hingga naik ke kepala dan meleleh kat telinga”, tak boleh tidur, tak boleh tengok TV, nak baca Al-quran waktu tu langsung takde kekuatan iman..oh!!

Tahukah korang?
MAT REMP-IT SEKARANG INI SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN SEKS YANG DAHSYAT..
Awas, perempuan-perempuan yang tak pandai jaga diri, jika ada peluang mat rempit ini akan rogol korang beramai-ramai-naduzubullah!

Perasan tak korang akan hadiah yang jadi rebutan mat rempit dalam kejohanan lumba haram mereka? Ya! Seorang bohsia yang dapatlah si remaja ini lepaskan segala nafsu ZINA & ROGOL yang memuncak sepuas-puasnya, dan mereka mat rempit rela mati kerana itu!!!

Tahukah korang?

ANAK ANAK PEREMPUAN ZAMAN INI KELUAR RUMAH DENGAN KEINGINAN SEKS YANG DAHSYAT.. Yang mana jika di belai, maka sangguplah anak dara ini membiarkan dadanya di ramas, buat oral seks dan akhiranya berzinalah anak dara yang dah tak de dara ini,..oh!

Kalau mamat Bangladesh atau pendatang asing yang bulu kening iras shahrukh khan datang belaipun boleh.., akan hanyutlah ke dasar neraka anak remaja kita ..kesian…kesihan.., adakah ‘bukan aiman’ semua tak kisah???

Tahukah korang?
REMAJA -REMAJA YANG SEDANG BELAJAR DI IPT SEKARANG SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN SEKS YANG DAHSYAT..
Banyak mana kes zina telah di tangkap di ITP, bakal ustaz dan ustazahpun ada! Naduzubillah..
Jagalah pendidikan iman anak kita, jika anak kita tersilap dapat pakwe, kena rogollah dia di rumah sewa pakwenya beramai-ramai,

Dan ada juga yang kena ‘rogol’ secara terhormat, tak nak sebenarnya, tapi bila di belai dengan kasih sayang, mulalah ketagih untuk inzal.., akhirnya masuk neraka..

Mula mula pegang tangan.., dapat pegang tangan nak peluk-peluk, dapat peluk peluk, nak cium pipi, dahi, lepas ( DELETED)……., lepas tu hari hari berzina, kemudian boring, sedar sedar dah mengandung, cari awek lain dan cerita kat member yang kau tu sudah jadi bekas orang, beranak buang anak, bunuh diri, masuk neraka!!!

Nota: aku bukan doa korang yang dah terlanjur untuk masuk neraka, aku Cuma cakap amalan dosa itu yang boleh buat korang masuk neraka, aku sayang korang, sebelum korang jadi mayat, korang bertaubatlah, dan zahirkanlah taubat korang melalui kahwin!!!!

Zaman sekarang anak-anak muda kita mudah dapat ‘pendidikkan seks’, zaman pakcik muda-muda dulu nak bawak pita video lucah bukan senang, letak dalam poket nampak, kena bungkus dengan surat khabar, tapi remaja sekarang ‘bahan melancap’ itu hanya dalam bentuk CD, dan lebih haru lagi sekarang boleh simpan dalam handphone, rasa nak melancap boleh bukak handphone dalam tandas, itu yang takde awek lagi, yang dah ada awek apa jadi?

Huh siap buat filem sendiri guna kamera handphone.., itu yang dah depan mata, apa akan berlaku pada anak anak kita yang baru lahir untuk tempoh sepuluh tahun akan datang?
Hanya imanlah penyelamat sepanjang zaman, sehingga jadi mayat, sehingga ke negeri akhirat…

Nasihat seorang alim:
BUATLAH USAHA ATAS IMAN (BERAMAL IBADAT)
SAMPAI KAMU PENAT DAN LETIH SEHINGGA KAMU TIDAK BERUPAYA LAGI UNTUK BUAT MAKSIAT..

Tapi apa jadi pada aku yang hina ini?
Aku telah buat maksiat sampai penat dan letih sehinggalah aku tidak berupaya lagi untuk buat usaha atas iman…isk..isk…

Sahabat sahabat nabi SAW telah berpeluh kerana ugama, tapi aku hari ini berbeluh kerana berbuat dosa… isk.. isk..

Nabi SAW solat sampai bengak kaki, tapi aku bergerak ke arah maksiat setiap hari sampai lenguh tumit kakiku ini.., kepada Allah aku memohon keampunan dan pertolongan..oh!

(Taufan durian pun datang melanda hatiku..)

Luahan hati:
Copy/paste email

assalamualaikum..sori menganggu…mungkin bro sibuk kot,tapi nak kacau gak..hal penting nih.disebabkan saya lelaki,maka stret to da point,masa bro belum kahwin,camna cara bro tahan diri dari inzalkan diri sendiri..

kadang2 susah la nak kawal…hmm..camne ek..ada cara mantap?ada baca pendapat ustaz(dari internet,bukan tanya ustaz)kata boleh ‘buat’ kalo takut sampai berzina ngan orang lain…sampai tahap mana tu..atau…memang x boleh…sekarang kat oversea

(x tau nak bahasa kan diri apa..aku,saya?….diri ni 20 tahun…bro 29 kan..hormat ke pakai aku…?)..

mmg ingat kawen lg bagus..tapi(ada tapi tu)baru datang x sampai staun…blaja pun x stabil lgi…JPA pulak kasi kawin bila taun ke3….hmm…berilah daku kekuatan ya Allah

Luahan hati ketiga:
Copy/paste Seseorang said:

org lain luar sane slalu ckp kat aku yg senang je kalo stakat ckp nk kawen awal..

tp nak buat tu susahaku sll bc blog hamka nitp aku bukanlah di kalangan org2 berilmu (alim)

aku bercadang nak kawen awal kerna salah satunya nak mengelakkan maksiat

tapi dek kerana aku belajar lagi, ramai yg tak menyokong aku.nak kawen awal. cakap senang. tapi nak buat, macam2 alasan

adakala aku rasa nak mintak putus dgn pasangan aku sebab aku tak sanggup tunggu dan terus buat perkara yang tak elok

aku gemar bc blog ni sbb dtg keinsafan.walaupon lagak aku mcm org biasa, tapi keinginan nak kawen tu mmg besar.dan org lain sll beri alasan utk tak kawen awal.mungkin aku patut lebihkan solat,solat hajat,istikharah.dosa aku tak terkira,taubat byk kali dah,masih buat dosa lagi

aku tak tahan lama…aku usaha blaja agama lebih byk

tapi sll terlupe..oh, Allah tentu murka dgn aku! :'(dan makin aku blaja agama,makin hari kawen awal makin jadi keperluan

tapi org kata, duit takde tak bleh kawenaku pikir lebih sgt ke ?aku cuma harap aku dpt cahya kebenaran dan dpt menangkis godaan2 duniawi

aku harap allah dpt beri petunjuk kpd aku dan pasangan aku kirenya kami ade jodoh dan beri petunjuk yg dpty beri menfaat pd kami

Hamka said:

Ok, kita sambung balik, aku bukan ustaz dan juga bukan seorang pakar motivasi, aku Cuma keretamayat yang akan memudahkan perjalanan ke kubur, dalam kubur, korang pandai pandailah jaga diri, nasihat aku yang hina ini adalah..

Aku dulu pun takut buat maksiat..

Cerita aku:Bila bapak mertua aku (bakal) agak keberatan untuk kahwinkan anak dia pada mulanya dengan alasan nak anak dia bekerja dan stabil dulu..

Akupun pergi jumpa kadi kat jabatan ugama dan mintak izin kahwin berwalikan wakil, kerana:AKU DAH TAHAN, RASA NAK BERxxxxxH, AIR NAIK KEPALA, TAPI TAKUT DENGAN AZAB ALLAH….

Nasihat kadi tu, dia akan benarkan perkahwinan itu jika bapak perempuan berkeras tak nak kasi-sebab ini melibatkan dosa dan pahala, nasihat kadi tu lagi, suruh aku pujuk dulu bapak mertua, jika gagal dia akan buat surat untuk dakwa dan nikahkan aku guna wakil wali..

Dahsyat bukan?Tapi bila doa dah makbul, Allah yang pegang hati bapak dia, maka kahwin jugak aku berwalikan bapak dia, tiada pertumpahan darah, yang tumpah adalah cecair2 yang halal lagi lazat..(aku mengada-ngada)

Nasihat aku untuk yang nak kahwin tapi masih belajar:Takutlah Allah!! Takutlah azab Allah, jika korang ikhlas tak nak berdosa dan takut api neraka, buatlah usaha untuk kahwin cepat walaupun sedang belajar-Allah jua yang memegang hati-hati manusia..

KAHWINLAH CEPAT-CEPAT WAHAI PARA REMAJA…FITNAH SANGAT DAHSAT MENANTI, MAYAT ANAK ANAK LUAR NIKAH DI SINI SANA..BERTAUBATLAH SEBELUM MENJADI MAYAT…

Nasihat yang lain untuk Hamba Allah yang aweknya dah terlanjur..

Ada cerita dari kitab (mana ntah, aku lupa) seorang pelacur yang bagi minum air pada anjing dan Allah suka dengan amal ini, maka Allah bagi jalan hidayat yang mana akhirnya si pelacur ini berkahwin dengan orang soleh dan beliau telah menjadi ibu kepada Nabi Nabi bani Israel..

Ada jugak cerita orang alim di goda pelacur, kerana takutkan neraka, orang alim ni pengsan, dan akhirnya pelacur ini dapat hidayat dan berkahwin dengan orang alim..

Nasihat aku:Kalau kau dah suka dia…Jangan peduli lagi apa orang nak kata..

Lagu:Mana datang cahaya?.. Bukalah tajuk cerita… Siapa pun kau ku sudi terima… Biarpun dosa semalam… Sebesar gunung menembus awan… Yang penting… hatiku dapat kau tawan…!

Aku cakap ni, jika / Kalau kau dah suka dia betul-betul, kalau kau ragu-ragu, atau kesian, baik tak payah..

Aku cakap betul ni, jika ada wanita yang nak kahwin dengan aku, dia berjaya buat aku jatuh cinta padanya dan dia berjaya pujuk isteriku..ehem, ehem.., dan dia juga bersih dari sebarang penyakit HIV dll, aku terima walau siapapun dia…

Dalam islam, sejarah tidak boleh di hukum.. Macam saidina Umar yang bunuh anaknya hidup-hidup, beliau tetap boleh jadi khalifah islam yang ke dua..Sejarah dah lepas, yang penting, sebelum korang jadi mayat, korang sempat bertaubat..Yang pasti bila dah jadi mayat, baru ‘sejarah’ di ambil kira…oh!..

Hamka said:

Ok, kita teruskan perbincangan kita, makin hangat dan makin hot nampaknya!!! Kena banyak beristighfar..oh!

Dalam islam melarang couple sebelum kahwin kerana dah berapa ramai yang terlajur perahu boleh di undur, terlanjur inzal, nerakalah jawabnya

So sekarang ni, bila orang lelaki atau perempuan sudah akhil baligh, dan di tambah dengan suasana hiburan yang dahsyat, maka keinginan untuk bersetubuh telah datang menganggu gugat kehidupan para remaja, la ni.

Remaja sekarang nak bersxxxxh, tapi tak mampu nak kahwin kerana masyarakat tak galakkan kahwin awal dengan alasan masih belajar atau ekonomi yang tak stabil, lalu terlanjurlah mereka dan keluarga mereka ke lembah neraka…

Baru baru ni, makcik tiri belah mak tiri aku cerita akan anak dua pupu kepada anak saudara sabit dia telah terlanjur berzina dengan pakwenya yang sebaya dengan pasanganya, dan pasangan ini baru berumur 16 tahun, bila makcik tiri belah mak tiri aku ni cuba untuk kahwinkan anak dua pupu kepada anak saudara sabit dia ni di jabatan ugama islam, tok kadi tak dapat nak langsungkan perkahwinan mereka dengan alasan di bawah umur(?)

Lalu makcik tiri belah mak tiri aku tu sound akan tok kadi tu bahawa dia dah lepas azab Allah kerana makcik tiri belah mak tiri aku tu memang nak kahwinkan anak dua pupu kepada anak saudara sabit dia kerana mereka dah terlangjur, mendengar dosa dan azab Allah maka tok kadi yang beriman tu jadi takut lalu ‘adjust’ juga pasangan ini berkahwin, … menangislah setan…

Bagaimana Zina boleh terjadi?
Kajian rambang aku, biasanya zina ini terjadi bila korang sanggup dengar cerita dalam kain atau mendengar luahan hati seorang yang menceritakan pengalaman SEKSnya..

Sebagai contoh, korang mungkin bukan lesbian, tapi jika datang seorang lesbian dan menceritakkan pengalaman seksnya kepada korang, pengalaman berjumpa dengan titik inzal, kelazatan di belai dan bla bla bla.. dan pada waktu itu, korang berdua sahaja ada dalam bilik, akhirnya lahirlah seorang lagi new lesbian..

Begitu jugak jika korang orang lelaki mendengar cerita pengalaman seks dari bini orang yang tak pernah dapat nikmat inzal misalnya dan dan pada waktu korang berdua sahaja di tempat yang tertutup, akhirnya berzinalah engkau dengan bini orang -nauzubillah

Contoh lain adalah bila pakwe korang mengadu (DELETED)  dan anu tegang tapi tak pancut, maka ringan ringanpun bermula dan akhirnya…, setan ketawa di lurah neraka!!.

So moralnya jika korang nak bercakap dengan sapepun, jangan sesekali bercakap tentang SEKS di tempat tertutup, dalam telefonpun jangan!!!

Kerana ada hadith yang di riwayatkan dari Tarmizin dan Ahmad yang bermaksud:
“seburuk buruk orang di akhirat adalah orang yang menceritakan pengalaman bersertubuhnya kepada orang yang bukan hak”

Orang yang bercerita akan di laknat, apatah lagi orang yang mendengar..,!!!
(naduzubillah)

Hmmm, Masalah couple satu hal, ok, kita pergi pada masalah lain pulak, iaitu satu lagi masalah , masalah rogol…

Orang lelaki yang jauh dari Allah akan hilang kewarasan bila :
“air mani dah penuh xxxxx hingga naik ke kepala dan meleleh kat telinga”,
Lalu bila ada peluang, akan mencari mana-mana xxxxx yang sempat dan mudah untuk pancutkan air mani haram:, korang perasan tak ramai kes rogol melibatkan budak-budak? Kerana budak budak senang di rogol…oh!
Bila air naik kepala, dan bila ada peluang, maka syaitan guna ‘senjata’ ini lalu berlakulah

  • Bapa rogol anak
  • Ustaz rogol pelajar
  • Bapak saudara liwat anak saudara
  • Abang rogol adik,
  • Guru rogol murid
  • Polis rogol banduan
  • Jaga rogol budak 5 tahun
  • Pensyarah paksa pelajar buat oral seks
  • Pengangur rogol anak kambing
  • Penggali kubur rogol mayat budak
  • Lain lain:-Rogol, bunuh, bakar..

(ummat menderita sekarang..)

So, nasihat aku kat korang wahai para wanita, jangan bagi peluang walau sedikitpun untuk orang lelaki yang air sudah naik kepala (DELETED) lalu pangcutkan air mani ‘setan’nya ke dalam lurah ‘neraka’ korang…, jangan..
Kita orang islam di larang bersangka buruk, tapi bila masuk bab muhrim, orang perempuan kena sangka buruk dengan lelaki bukan muhrim bila berdua-dua an, walaupun ustaz atau aku sekalipun..!!!

Bermakna, jangan sekali-kali korang duduk berdua-duaan sahaja walaupun dengan ustaz atau ulamak dan dengan bapak saudara atau ayah atau abang, jangan sekali kali kerana setan ada antara kalian..

Lelaki+wanita,
=Lelaki+setan+wanita
=Setan+lelakiXwanita+setan
=Kepala yang macam kepala setan masuk ke dalam lubang yang macam lubang neraka
=Masuk neraka jahamam!!!

Eh, tak kanlah dengan bapakpun kena ada muhrim?
Baca berita : bapak rogol anak.(tapi tengok jenis bapaklah, kalau beriman dan air tak naik kepala takpe..)

Tips kedua, jangan pakai baju seksi walaupun depan bapak
(pasal aurat ni aku malas nak tulis-dah banyak di debatkan orang)

Eh, tak kanlah dengan bapakpun kena tutup aurat?
Baca berita : bapak rogol anak.(tutup apa yang patut, jangan lah tidur just pakai kain tuala kat ruang tamu.., korang paham?)

Tips ketiga, Kalau berjalan, jangan berjalan seorang diri walaupun korang nak pergi masjid atau nak naik haji!!!
Ada cerita seorang cikgu naik kereta seorang diri, kena sondol dari belakang, bila turun untuk check bumper kereta kena rogol….

Lain lain cuba korang rujuk berita yang aku ingat-ingat lupa di ambil dari akhbar tempatan:-

  • Seorang lelaki bagi minum minuman sehingga korang orang perempuan jadi pengsan, apa lagi bawak rumah sewa dan rogol secara bergilir-gilir, ikut turn ke , ikut abjad ke , ikut angka giliran ke , ikut saiz ke, lantaklah….
  • Seorang pakwe mengadu kemaluannya sakit kepada aweknya, sebagai simpati si awek sanggup tolong hilangkan senak xxxxx dengan cara membuat air mani dalam telur itu keluar, mula mula oral seks, lepas tu..argh tak payah cerita..
  • Seorang aweks dating bersama pakwanya, dah banyak kali pakwenya ajak berzina, tapi si aweks menolak, satu hari si pakwe bawak aweks ni dating dalam kereta dalam hutan, dan ugut jika si awek tak nak berzina, maka si balaks ini akan tinggalkan dalam hutan, kerana takut..berzinalah mereka..
  • Seorang wanita yang ‘cantik’ telah di puji oleh seorang ‘pengarah filem’, lalu uji bakat di adakan dalam hotel, untuk berlakon mestilah mempunyai body yang cantik dan tiada parut, wanita itu bersetuju untuk di ambil gambar dalam keadaan separuh bogel, bila dah macam tu, si ‘pengarah filem’ ini suruh wanita itu buat pilihan, samaada nak oral seks, atau kena rogol, tak payah cerita apa jadi, wanita ‘cantik’ sila berhati-hati bila di puji…
  • Jumpa kali pertama tak pegang, tak ambik kesempatan, wanita tu mulai percaya itulah lelaki beriman, jumpa kali ketiga kena rogol beramai-ramai..
  • Sedang aksyik bercumbu dalm kereta, datang sekempulan pendatang asing pecahkan kereta, belasah lelaki dan rogol aweknya depan lelaki tadi, (moral, jangan dating dalam kereta..)
  • Seorang dreber bas yang matanya selalu melihat masyarat terasa stim tengok pakaian anak anak muda, bila ada peluang di rogolnya penumpang yang bertudung kerana hanya mereka berdua ada dalam bas.
  • Di waktu pagi, cuaca sejuk, xxxxx lelaki akan tegang, so ada yang kena rogol bila berjogging di waktu pagi… jangan jogging seorang diri
  • Pasangan berkhalwat di serbu lalu ada pasangan yang sembunyi di luar tingkap dengan bergayut pada selimut, tapi terlucut lalu jatuh dan jadi mayat dalam keadaan yang cukup mengaibkan..
  • Pengawal keselamatan yang duduk dalam pondok seorang diri dah puas melancap, bila ada peluang nak rasa nikmat sebenar, so budak sekolah yang bersendirian jadi mangsa..
  • Emak benarkan bapa rogol anak dengan alasan takut suaminya kahwin lain…
  • Dan lain lain…

Walau macam manapun, kita tak boleh hina mereka, mereka berdosa kerana ada peluang, iman rosak dan nafsu menguasai diri, jika kita sombong, Allah sangat boleh buat korang yang pandang hina pada mereka terlibat dengan dosa yang sama macam mereka-naduzubillah..

Apa yang telah terjadi, dah terjadi, bertaubatlah, kembalilah kepada Allah dengan sebenar benar taubat, Allah Maha Pengasih dan Penyayang untuk mereka yang menangis berlutut dan bersujud asalkan korang tiada syirik, sebelum jadi mayat…., kembalilah kepada Allah..

Sesesungguhnya manusia itu memang tak boleh tahan dengan ujian seks ini, kecuali yang kuat imannya, sebab tu ada golongan yang di tempatkan di bawah arays Allah dengan sejahtera di akhirat kelak kerena mereka di dunia dahulu adalah golongan yang menolak zina dengan berkata “kami takut kepada Allah” walaupun di goda oleh wanita cantik lagi bangsawan…

Beruntunglah lelaki itu dan beruntungkah wanita yang berkahwin dengan lelaki itu dan beruntunglah juga wanita yang sudi BERMADU dengan lelaki ahli shurga itu….

Korangpun biasa dengar kisah seorang wali Allah iaitu ahli ibadat yang hebat ibadatnya tapi akhirnya tersungkur di kaki wanita(berzina) dan mati masuk neraka…oh!
(cerita detail-boleh rujuk kitab dan ustaz)

Juga cerita malaikat yang mempertikaikan taubat seorang manusia lalu Allah menjadikan 2 malaikat itu sebagai manusia tapi kesudahan ceritanya mereka juga tersungkur di kaki wanita (berzina) lalu di azab sampai sekarang..
(rujuk kitab Harut dan Marut)

Huh! Malaikat yang telah melihat alam ghaib boleh tumpas dengan ‘senjata setan’, maka apatah lagi aku dan korang..

Maka untuk mengatasi masalah SEKS ini aku nasihatkan korang dan aku sendiri agar kita:
BUATLAH USAHA ATAS IMAN (BERAMAL IBADAT-bersolat, berpuasa, berzikir, berdakwah)
SAMPAI KAMU PENAT DAN LETIH SEHINGGA KAMU TIDAK BERUPAYA LAGI UNTUK BUAT MAKSIAT..

Dan kalau tak mampu juga..
Jalan Penyelasaian yang terbaik untuk masalah SEKS kerana dapat sempurnakan separuh ugama dan juga sunnah Nabi SAW..
Jawapannya adalah:
KAHWIN…

Assalamualaikum semua. Di sini saya ingin meminta pertolongan daripada para pelawat. Saya ingin membuka web sendiri tetapi ia memerlukan wang  dan saya tidak mempunyai wang. Jadi harap dengan pertolongan anda, saya mohon anda klik (tekan) kedua-dua link di bawah agar blog ini di ‘track’ agar saya dapat memenangi nama domain percuma (seperti .com , .net etc.). Kerjasama anda amat saya harapkan. Terima kasih.

Hostings That Suck

Hostings That Suck Free Domain Contest

Izinkan saya untuk menjelaskan  apa sebenarnya web ‘Hostings That Suck‘ ini. Web dibuat untuk membantu anda mendapatkan  perkhidmatan web hosting terbaik yang boleh menjimatkan wang anda. Bagi yang berkemampuan, anda mungkin ingin membeli web hosting berbayar cuma anda tidak tahu web hosting yang mana terbaik yang anda bolah dapatkan. Jadi, oleh sebab itu, anda boleh mendapatkan khidmat web ini untuk mencari web hosting  terbaik yang berbayar. Jadi anda tidak perlulah mengeluh untuk mencari-cari web hosting manakah yang paling baik  untuk anda gunakan tetapi anda hanya perlu melawat web ini dengan hanya klik pada link di atas. Laman web ini ditubuhkan dalam bahasa Inggeris. Cuma dalam blog ini, saya hanya menjelaskannya dalam bahasa Melayu agar para pelawat memahami apa sebenarnya tujuan web ‘Hostings That Suck‘  ini ditubuhkan.

Di samping itu juga, mereka mencadangkan web hosting yang terbaik berdasarkan pelbagai kriteria.

Tetapi webhosting yang dicadangkan adalah daripada overseas. Yang menarik, kita akan dapat kod kupon sehingga 30% untuk membeli webhosting yang dicadangkan daripada laman web ini. Jadi agak menjimatkan.

Jangan anda tersalah sangka disebabkan namanya yang kurang sopan tetapi sebaliknya ia adalah nama Inggeris yang bermaksud ‘Hostings yang menyedut’ di mana ia membuat kajian tentang web hosting yang terbaik dan di ‘sedut’ (diambil) tentang web terbaik itu untuk anda nilai sendiri kualiti web hosting yang dicadangkan.

Harap dengan pertolongan anda- klik (tekan) pada link itu yang akan di ‘track’ (dikesan) daripada blog saya akan membantu saya agar memenangi pertandingan ini.

Kerjasama anda amat saya harapkan.

Terima kasih.

Admin

Sebelum anda membaca post saya ini, saya meminta anda membuka video ini. Hayatilah isi kandungan video ini ketika membaca post saya pada kali ini. Kerana pada saya, walaupun saya tidak memahami apa maksud ayat Al-Quran yang dibacakan, namun saya mudah mengalirkan air mata apabila mendengar ayat yang dibacakan dalam video ini dengan cara bacaannya yang sayu. Jika anda tidak merasakannya, cuba anda replay video ini beberapa kali untuk anda hayati bacaannya yang sayu dan menggambarkan kesedihan & kekecewaan.

Assalamualaikum w.b.t saya ucapkan kepada semua pelawat. Mungkin sehari terlambat tetapi bagi saya masih belum terlambat untuk saya memberitahu tentang tarikh lahir saya yang telah sampai. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi yang telah memanjangkan umur saya. Saya sangat bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk beribadat kepada-Nya.

Saya berasa bernasib baik kerana Allah S.W.T telah memberikan saya hidayah agar saya bertaubat kepada-Nya untuk menebus kesalahan lalu yang begitu banyak saya lakukan tanpa ketakutan pada-Nya. Terlalu banyak dosa yang telah saya lakukan. Begitu banyak maksiat yang saya lakukan kepada-Nya tanpa berfikir tentang seksaan yang akan saya hadapi apabila hari akhirat tiba nanti.

Namun diri ini masih rasa kekurangan yang sangat besar pada iman saya. Harap dengan usia yang semakin meningkat ini iman saya kepada Allah S.W.T akan semakin meningkat dari sehari ke sehari. Saya berasa sangat takut apabila memikirkan tentang saat kematian saya. Apabila saya teringat kubur, saya terfikir sendirian, “bagaimanakah keadaan saya apabila mati nanti.” Kalau diizinkan Allah, saya ingin mati dalam keadan mati syahid agar saya diterima di syurga tetapi saya merasakan bahawasanya saya tidak layak untuk syurga-Nya yang tidak tergambar indahnya. Saya hanya layak untuk neraka-Nya yang pedih penuh kepahitan.

Saya percaya bahawa Allah S.W.T adalah Allah Maha Pengampun.  Namun tatkala merenung, menimbang, memikirkan dosa yang lalu, saya bertanya, “Apakah Allah S.W.T akan mengampunkan aku setelah aku berpaling daripada-Nya?” Tanda-tanda Kiamat semakin muncul namun saya tetap bermalasan untuk menambahkan iman. Pernah saya seperti terasa tanda-tanda kematian itu menghampiri saya, tetapi oleh sebab nafsu jahat yang menghantui, saya semakin malas untuk melakukan ibadah, berzikir dan beramal. Namin solat 5 waktu tetap saya penuhi. Saya sentiasa berniat untuk menunaikan solat malam namun badan ini terlalu berat untuk menunaikannya oleh sebab kenikmatan dunia yang sukar ditinggalkan.

“Ya Allah, ampunilah aku, jauhkanlah aku daripada melakukan dosa2, amalan dan perkataan yang mendekatkan aku kepada neraka-Mu.”

Ketika keluar ke bandar, saya sering terfikir bagaimana nasib-nasib orang-orang kafir yang sememangnya jauh daripada Islam. Sekilas juga kepada remaja-remaja perempuan khususnya yang membuka aurat menampakkan susuk tubuh badan yang diimpikan agar dapat dijamah oleh para lelaki ajnabi yang mudah menaikkan nafsu syahwat mereka. Saya mengaku saya ini tidaklah begitu baik, warak & alim seperti para ulama’ cuma saya mengimpikan umat Islam yang betul-betul mengamalkan konsep Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah. Oleh sebab inilah (tidak mengamalkan konsep Islam sebagai amalan harian), Allah S.W.T semakin menghampirkan hari kiamat kepada kita.

Saya juga terfikir, kenapa umat Islam itu (segelintir) hanya Islam pada nama tetapi tidak pada dirinya sendiri. Soalan itu, saya lontarkan sendiri kepada diri sendiri untuk saya bermuhasabah diri menimbang perbuatan saya selama ini, “Adakah apa yang kau lakukan pada hari ini kebanyakannya melambangkan kau umat Islam.”

Jadi kepada para pelawat yang beragama Islam sekalian, sama-samalah kita renungkan, timbanglah dosa-dosa anda yang lalu, kesalahan yang anda lakukan kepada Allah  Maha Esa dan SEDARLAH BAHAWA HARI KIAMAT ITU SUDAH MAKIN HAMPIR…

wassalam

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin

pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian
: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.

Wallahua’alam~

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”Ini
jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati  azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah..” yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya
Allah!  Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia,  lancarkan lidah kami  mengucap
kalimah “Lailahaillallah..” semasa sakaratul  maut
menghampiri  kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a’lamin..”

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila
kita bawa ke
supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk
berzikir tapi betapa
pendeknya waktu itu untukpertandingan bola sepak.
Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai
yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk
memasukinya.

Sumber: Mymasjid


Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 233,425 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung