Blog Dakwah Remaja

Harian Metro Ahad-12.11.08

Posted on: 25/02/2009

Salam..
semalam ana terbaca metro  ana terperanjat tajuk berita yang mana seorang Ustazah di kuala Lumpur ditangkap khalwat dengan pasanganyer seorang pensyarah ipt terkemuka. Ustazah itu berumur 39 tahun dan pasangan yer x silap umur dalam 52 tahun..laporan metro semalam siap ader gambar ustazah tue lagi semasa ustazah tue melangkah keluar di pejabat mahkamah tinggi syariah..kalo antum tgk ustzah tue berpakian mg mcm ustz bertudung litup (lepas dada tapi bukan tudung labuh) paki spec air muka pun mg npk seoarng pendidik.. masya’Allah betul ke berita akhir zaman nih..ana khuatir sebab nabi ada pesan akhir zaman nanti banyak berita-berita daripada golongan orang-orang yang fasik yg bertujuan dan ader motif tertentu.(jahat)
ana berpikir sama ada mg benar berita itu atau akhbar arus perdana memang nak ambil peluang nak burukkan atau hinakan lagi golongan2 agama. apa pandangan antum semua?.. ana rasa dalam hal nih kita x usah melatah akhir zaman ni mg penuh pancaroba yang penting sama-sama kita bersuha untuk mantapkan iman dan amalan soleh dan niat untuk sebarkan syiar islam seluruh alam..

nih petikan berita tersebut..

KUALA LUMPUR: Seorang ustazah yang dipanggil untuk menghadiri sebutan kes khalwat bersama pasangannya sanggup ‘bertapa’ hampir setengah jam dalam Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, sejurus menyedari gambarnya dirakamkan jurufoto.
Jxxx9xx bin Axx xxx=, 39, yang sebelum ini ditangkap khalwat bersama pasangannya, Mooo xmmm=-0, 51, pada 5 Julai lalu di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak di sini, bertindak demikian kerana tergamam aksinya dirakamkan.
Dia sebelum itu dipanggil Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam (Jawi), Muhammad Khairul Nizam Kassim dan Abdul Halim Abdullah mengemukakan representasi berhubung penangkapannya kepada Ketua Pendakwa Syarie Jawi.
Biarpun semalam ditetapkan untuk kesnya pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Mohamad Shakir Abdul Hamid, namun dengan bantuan peguam Mohd Noor Bahari yang mengemukakan representasi menyebabkan pertuduhan tidak dibacakan.
Sejurus selesai kesnya kira-kira jam 10.15 pagi, ustazah terbabit yang sebelum itu bertapa hampir setengah jam menulis nota kepada peguamnya sebelum menjengah tingkap mahkamah untuk melihat jurugambar.
Agak melucukan apabila ustazah terbabit yang malu menutup mukanya menggunakan baju sejuk untuk mengelakkan gambarnya dirakamkan, sambil dilihat terlompat-lompat meninggalkan mahkamah.
Manakala pasangannya yang juga seorang pensyarah sebuah institusi terkenal, membiarkan ustazah terbabit meninggalkan mahkamah sebelum menjejaki langkahnya hampir sejam kemudian.
Terdahulu pada prosiding semalam, pihak pendakwaan yang diketuai Pegawai Pendakwa Jawi, Muhammad Khairul mengemukakan permohonan penangguhan kes bagi membolehkan representasi yang dihantar dipertimbangkan.

maaf nama asal ana terpaksa edit ana x mahu mengaibkan lagi tertuduh..

Sumber: Halaqah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 232,069 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung

%d bloggers like this: