Blog Dakwah Remaja

Aktiviti Saraf: Otak dan Zikir

Posted on: 27/03/2009

ssalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog. Pagi ini saya menerima email subscription dari blog Tazkirah Online : Nasyid Download. Ada satu entri sangat menarik dan berkaitan dengan pembangunan diri perlu saya kongsikan dengan para pembaca blog. Saya copy dan paste di sini, dan kredit artikel ini adalah hak milik pemilik blog nasoha.blogspot ya!

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Kredit : Nasoha

ps : Apa kata anda? :) di sebalik kita mencari-cari caranya berjaya, tanpa sedar, caranya sudah pun ada cuma kita malas memahami, mencuba dan mengakui itu lah caranya. Ianya mudah, seperti lazimnya selama ini, doa, usaha dan tawakal.

2 Respons to "Aktiviti Saraf: Otak dan Zikir"

kt blog ni sy tgk bnyk en britahu update adlh copy paste
sbrny 2yg wt blog ni suram dan trafik xbnyk.sy xla pndai psal memblog ni tp klu entry sik copy paste je xfeel la nk bace lg2 psal dakwah.tp jgn slh fham sy sjak 2mnjak ni ske blog dkwah 2yg rse trpangil utk bg cdngan.cbe en msuk blog rmaje mcm justkhai ke kt c2 wlaupun bkn la entry dakwah tp care pnyampaian dia mnarik.klu en nk tgkat kn aliran trafik kt blog ni be open 2kn salah stu care brdakwah jugak.syg klu blog baik mcm ni suram

natijah???
apa pngertiannya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 232,067 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung

%d bloggers like this: