Blog Dakwah Remaja

Archive for April 2009

Tazkirah untuk hari ini

Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu.

Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat.

Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

Baca baki entri ini »

Surat yang disiarkan di Harakahdaily.net

KEPULANGAN anak-anak ke kampung halaman selepas minggu pertama di universiti merupakan satu kepulangan yang amat bermakna buat keluarga bagi saya seorang ibu.

Bahkan, kami sekeluarga meraikan kepulangan anak perempuan kami dengan keluar makan di sebuah restoran terkemuka di daerah kami.

Namun sebagai seorang ibu, saya benar-benar terkejut apabila anak gadis saya yang merupakan seorang graduan di universiti bertanyakan soalan yang berbunyi, “Mak, mana yang lebih bagus, seks sebelum makan atau seks selepas makan?” Hancur luluh hati saya apabila seorang gadis desa yang merantau ke ibu kota bertanyakan soalan yang sebegitu jelik dan mengaibkan.

Baca baki entri ini »

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Seorang mak nyah mencetuskan kebimbangan di kalangan orang ramai di sekitar Jalan Raja Chulan apabila dilaporkan sering bertindak ganas dengan menyerang dan mencederakan pejalan kaki di kawasan itu terutamanya golongan wanita.

Sehingga kini, lebih dari 10 wanita dipercayai menjadi mangsa serangannya, yang dipercayai mengalami masalah mental.

Mangsanya termasuk peguam, pekerja bank, pekerja restoran makanan segera dan warga emas.

Beberapa pelajar lelaki di Sekolah Menengah berdekatan dan pelancong pernah menjadi mangsa serangan mak nyah ini yang berusia lingkungan 30-an.

Baca baki entri ini »

Kajian UKM dedah 886 daripada 887 gadis mengaku bersetubuh

KUALA LUMPUR: Kajian mengenai moral remaja perempuan oleh seorang ahli akademik tempatan menghasilkan penemuan yang mengejutkan apabila 886 daripada 887 pelajar perempuan dalam kategori ‘berisiko tinggiâ€TM yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri mengaku pernah melakukan hubungan seks.

Kajian tiga bulan berakhir Disember 2006 membabitkan pelajar tingkatan satu hingga lima dengan 20 pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah yang dipilih kaunselor sebagai responden.

Baca baki entri ini »

Jangan Lakukan Seks Bebas.
(Satu artikel untuk renungan bersama….)

Sebuah dokumen bertajuk National Security Study Memorandum 2000: Implication of World Wide Population Growth for US Security and Oversea Interest mendedahkan bahawa bekas Setiausaha Negara Amerika, Henry Kisinger berpendapat bahawa pertumbuhan penduduk Dunia Ke-3 merupakan ancaman kepada keselamatan serta kepentingan Amerika Syarikat. Antara negara yang membimbangkan Amerika ialah negara-negara Islam seperti Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Turki.

Baca baki entri ini »

Salam sejahtera,

Selepas beberapa hari membuat research, pertimbangan dan pemikiran tentang perniagaan internet,  saya mengambil keputusan agar meneruskan paparan untuk berdakwah kepada remaja zaman sekarang di samping terlibat dengan itu semua. Kini, saya mendapat tawaran ke matrikulasi dalam bidang teknikal. Pada bulan hadapan, saya akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar matrikulasi. InsyaALLAH saya akan berjaya ‘graduate’ daripada situ. Doakan saya kawan-kawan! Sperkara lagi, mungkin beberapa minggu, saya akan kurang mengemaskinikan blog ini, jadi jika ada yang ingin melihat tajuk baru, nantikan dengan sabar. Ataupun anda boleh cari blog dakwah di enjin carian seperti yahoo, google dan sebagainya.

Berbalik kepada tajuk. Tanggapan pertama saya apabila melihat video ini adalah simpati. Kerana….(tontonlah sendiri). Ramai yang mentertawakan dia, mungkin kerana rupa dan lagak gayanya yang sudah ‘senja’. Namun dia telah membuatkan orang tergamam dengan bakatnya yang tidak terpapar daripada rupa parasnya.

Susan Boyle dalam ‘Britain Got Talent’

Anda tergamam? Seperti yang saya katakan. Ia sangat menakjubkan saya sendiri. Permulaannya, ramai yang mentertawakan dia kerana rupa parasnya yang kurang cantik, umurnya. Tetapi, akhirnya ramai yang menepuk tangan dan berdiri kerana bakatnya. Subhanallah.

Di sini, saya juga sertakan serba serbi tentang Susan Boyle dan Laman web peminatnya.

Baca baki entri ini »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Paparan komen yang kosong membuatkan saya rasa blog ini tidak disukai ramai dan mungkin tidak dipaparkan oleh sesiapa pun. Lagipun saya hanya reti ‘copy and paste’, bukan apa, niat saya adalah untuk mencari artikel yang bermanfaat terutamanya untuk para remaja. Mungkin ada antara mereka yang malas dan tak nak tengok blog-blog dan laman web dakwah. Oleh sebab itu, saya ingin mencari artikel yang sepatutnya dibaca oleh para remaja sekarang.

Disebabkan kebanyakkan entri saya tiada komen, jadi saya berniat untuk menutup terus blog ini kerana saya semakin sibuk dan mungkin tiada masa untuk kemas kini lagi.

Jika ada yang membantah atau tidak setuju dengan niat saya untuk mentup blog ini, sila beri komen dan sebab mengapa saya tidak patut berbuat demikian.

Jika tiada komen sehingga akhir bulan ini, saya akan menutup blog ini atau mungkin tidak akan kemaskinikan lagi blog ini.

Terima kasih,

Admin.


Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 234,306 views

Kategori

Asal Pengunjung