Blog Dakwah Remaja

Mahalnya HidayahMu ya Allah

Posted on: 11/04/2009

Mahalnya HidayahMu ya Allah

http://www.iluvislam.com

oleh : deynarashid*

Editor : doraemong13

“Nanti kat UK tu tak payah la pergi usrah-usrah ni. Ada group itu lah, group ini lah. Na pergi sana tu nak belajar je, bukan nak join group-group ni”.

Inilah antara pesanan-pesanan terakhir keluarga sebelum fly. Ish, susah juga ni. Dari MRSM Langkawi saya join usrah (walaupun kecil-kecilan yang di handle bersama oleh rakan taulan), takkan di UK tak pergi usrah? Sekurang-kurangnya ada juga pengisian rohani, betul tak?

Orang selalu kata saya ini kira bertuah jugalah. Anak ke-5, abang-abang dan kakak-kakak semuanya belajar di UK. Mereka tahu sahaja keadaan di sini macam mana. Kalau dari segi preparation, memang tak perlulah pergi pre-departure programme. Dah muak dengar. Tapi sudah semestinya zaman berubah. Kakak sulung saya tinggalkan Malaysia sewaktu berumur 18 tahun (1995). Sudah semestinya lagi banyak cabaran dengan allowance pada ketika itu sekitar £432+ sebulan dan terpaksa bayar rumah mahal di tengah-tengah kota Londang!

Tapi Allah itukan Maha Adil. Jadi anak ke-5 ni bukanlah bahagia sentiasa. Kerana saya tidak dilahirkan dalam sebuah keluarga yang begitu ‘islamic’ (rasanya faham kot..), jadi tanggungjawab sebagai da’ie itu lagilah mencabar! Siapa nak dengar suara kanak-kanak ribena yang hanya berumur 21 tahun ini, ye dok? Paling saya terasa kalau saya pergi ESQ Training untuk recharge, selalu cemburu tengok orang lain bersama keluarga. Cemburu yang amat. Berbuih sudah mulut memujuk keluarga untuk pergi tapi seringkali menerima jawapan-jawapan sindiran yang cukup perit untuk ditelan. Pernah sekali saya pakai t-shirt sedikit labuh ke lutut dan ada tulisan ‘muslimah identity’ di depan, jadi issue besar! Ya Rabbi.Pakai baju salah, tak pakai pun salah, ye dok? Kuang3..

Tapi lama-lama telinga saya ini mengalami proses hypertrophy (menebal akibat penambahan cell) agaknya, jadi makin lama makin lali. Dan bukan telinga sahaja, bahkan hati saya juga hampir sahaja give up untuk berdakwah kepada keluarga! Susah sangat! Asalkan kita seorang baik sudah. Betul tak? Ye ke? Macam itulah rasanya saya fikir waktu itu.

Tapi lama-lama, umur meningkat (terasa tua pula o_O) dan banyak dengar kisah-kisah Rasulullah dan para anbiya’ dahulu yang jauh jauh jauh lagi mencabar (ayah Nabi Ibrahim tukang buat berhala lagi! +_+) dan mereka tidak pernah berputus asa dalam berdakwah kepada keluarga walau sesaat, saya rasa saya perlu go slow dan tidak terlalu emotional. Sedikit demi sedikit, Allah ajar saya untuk berlapang dada dan bersabar. Yang penting, akhlak adalah perkara utama yang perlu dijaga. Tapi logik je, kalau perangai buruk, siapalah nak ikut, kan?

Mad’u (target) utama adalah adik saya yang masih belajar di kolej sekarang. Masa kecil-kecil dulu, biasalah, suka bagi nama timangan kan. Dulu kami panggil dia ‘Anid’ (عَنِيدٍ). Sampai dah besar panjang, baru perasan, dalam Al-Quran (14:15) maksud perkataan itu ialah ‘keras kepala’! Ya Rabbii, patutlah!!! Keras kepalanya hanya tuhan yang tahu! Tapi sekarang dah kurang sebab dah tukar nama panggilan dan mungkin sebab dah besar sedikit jadi boleh fikir baik buruk. Pengajaran: Nama ini bukan main-main. Eloklah kita panggil sesiapa sahaja dengan nama yang elok ye ^_^

Dulu-dulu kami selalu gaduh. Mungkin juga mampu membawa ke Perang Dunia ke-3! Yalah, semua benda dia buat semua saya marah. Saya pun satu, dulu tak reti nak tegur cara berhemah. Heh..Tapi berkat kesabaran, dan sudah tentu atas petunjuk dan hidayah Allah, dia mula terima sedikit demi sedikit. Bukanlah berubah secara total. Saya masih perlu usaha keras lagi. Tapi kalau nak dekat exam, atau ada apa-apa masalah, dia selalu minta nasihat daripada saya.

“I need your words, man. I need you right here right now,”.

Waduh.Terasa seperti pop star ^_^ Tak macam dulu, sekarang saya tidak perlu berlapik-lapik. Dia sudah tahu, apa yang saya akan cari tidak lain tidak bukan ialah Al-Quran. Dulu dia tak suka berusrah di kolej.

“Kau kan ade Dina. Aku usrah dengan kau je la..”

tapi berkat ‘berusrah’ dengan saya, dia akhirnya pergi juga usrah di kolej. Huhu..

Saya tidaklah diuji seperti Nabi Ibrahim yang dilahirkan sebagai anak tukang buat berhala atau Nabi Musa yang ditakdirkan menjadi anak angkat Fir’aun. Tetapi tak bermaksud saya lari daripada tanggungjawab sebagai seorang da’ie daripada keluarga. Allah beri saya peluang untuk belajar di UK bukan sahaja untuk menjadi seorang doktor, tapi Allah beri saya peluang untuk belajar tentang agama juga. Sudah tentu sudah menjadi tanggungjawab saya untuk sharing dengan keluarga yang tidak dapat peluang untuk belajar ‘Sejarah Islam’ dan semua yang kita dapat ketika usrah. Tidak langsung terlintas niat di hati untuk ‘tidak dengar kata’ bahkan jauh sekali untuk memburukkan mereka! (bagi sesiapa yang kenal saya secara personal, keluarga saya adalah segala-galanya! cewah..). Sebab saya sayang mereka teramat sangatlah saya kena sabar dalam mendidik jiwa sendiri serta diri mereka juga.

Selain daripada usaha yang saya buat untuk adik saya, saya hanya mampu berdoa dan berdoa, pagi petang siang malam, supaya Allah limpahkan hidayah ke dalam hati mereka. Dan juga cuba menunjukkan akhlak sebaik mungkin pada mereka. Kalau kena ‘tegur’, senyum sahaja dan tidak cepat emotional. Berlembut (baca: berhemah) ini memang sangat penting. Orang tengok muka kita senyum mestilah sejuk hati, ye dok? Especially kepada mad’u yang jenis rebellious dan jenis tak makan saman. Tapi makan masa. Waktu berlalu detik demi detik. Terasa seperti tiada perubahan. Ada la tahun lepas, kakak saya tanya tentang ESQ. Dia kata dia rasa macam nak pergi. Tapi bila tahu sahaja harga, terus put off. Hmm.. Kemudian? Saya pun meneruskan kehidupan seperti biasa.

Masa cuti summer lepas, alhamdulillah Allah bagi saya peluang untuk spend time lebih banyak masa dengan kakak sulung saya. Dan saya kena resit OSCE, jadi, dapatlah practice di rumah bersama kakak. MasyaAllah, terasa bahagia sungguh! Selama ini saya dan kakak tidaklah begitu rapat. Dia ke UK sewaktu saya berumur 8 tahun. Kemudian dia pulang ke Malaysia for good waktu saya di MRSM Langkawi. Boleh kata sepanjang saya membesar, saya tak pernah kenal kakak saya secara dekat. Bila dia sudah berumah tangga, lagilah banyak komitmen. Saya pula dah mula belajar di asrama. Saya tak pernah dapat kenal kakak saya secara heart-to-heart.

Tapi cuti summer lepas saya berpeluang ‘mengenali’ kakak saya dengan lebih rapat. Kalau saya ke rumah kakak untuk ambil Nazme dan Effa, terdengar di laptop kakak ayat-ayat Al-Quran. Hati saya terasa sayu. Lama-lama saya dapat rasakan yang dia sedang mencari ‘sesuatu’. I keep on praying and praying, semoga Allah bantu kakak saya dalam mencari ‘sesuatu’ itu. Dan sejak beberapa minggu yang lepas, seringkali kakak saya mesej saya di Facebook. Tanya khabar. Kadang-kadang mesej saya di handphone. Dan baru-baru ini, kakak saya banyak luahkan perasaan kepada saya. Dan baru saya tahu, betapa kakak saya pernah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk mencari hidayahNya!

“Dulu housemate a.i masa A-level pernah bagi jubah. Maybe it was her indirect way to say that my dressing is inappropriate. But I found it very insulting. So I gave it to other people instead. And I never liked all those usrah people because they treated me as if I was not in the ‘gang’ if you get what I mean. Why must they segregate bad people from the good one? Who are they to say that I’m bad and they’re good? But tak kisah la. And then when I was in 3rd year medical school, nearing the summer hols, I again had the same-ish feeling. I wanted to ‘change’ and wear jubahs. When I got home in Malaysia, I didn’t tell mum, but I told Kak H and she was very enthusiastic about it until she said: “Memang trend sekarang orang pakai jubah. Banyak dah fesyen-fesyen baru.” Trend??! I felt misunderstood and the feeling to wear a jubah suddenly just melted away.”

“Sekarang kan musim haji. Do you know that I can’t think about Kaabah and Mekah without getting spasms in my throat and tears in my eyes – kuat sangat rasa keinginan plus kesedihan tak dapat nak pergi sana lagi. I so want to go. How great it would be to take a small break in your life i.e taking a break from being a wife, mother, daughter, doctor.. And just being able to beribadah 24 hours a day in front of the Kaabah.. rumah Allah? And think of nothing except Him? And begging for keampunan atas semua dosa-dosa yg telah dilakukan selama ni..?”

Ya Allah ya Allah..Saya rasa terkilan sangat. Sangat terkilan. Sebab di kala saya berada jauh dari rumah, di kala saya selesa ditemani sahabat-sahabat yang saling mengingati, di kala saya ‘secured’ by my circle of friends di sini, saya terpaksa berjauhan dengan orang-orang yang saya sayang yang perlukan saya disisi mereka. Banyak lagi yang saya nak sampaikan pada mereka sebenanrya. Di kala saya berjuang di sini, sentiasa dilimpahi dengan tazkirah-tazkirah daripada sahabat-sahabat, saya terlupa dengan kesusahan orang-orang yang saya sayang untuk mencari hidayahNya!

Tapi saya tahu, apalah kuasa yang saya ada kalaupun saya bersama mereka sekarang kalau tidak atas rahmat Allah sendiri. Apa-apa pun yang saya buat, Allah jualah yang mampu memberikan hidayah kepada orang yang Dia kehendaki! Ya Allah, mahalnya hidayahMu ya Allah! Tidak mampu tercari dan tidak mampu dibeli dengan apa jua di atas muka bumi ini!! Bahkan Rasulullah s.a.w pun tidak mampu mengislamkan bapa saudaranya!

Banyak yang saya belajar daripada semua yang berlaku. Tapi yang paling utama ialah, kita tak boleh putus asa dalam mengajak orang dan DIRI SENDIRI kepada Islam (baca: yang betul-betul satria 165! Bukan satria 5 tanpa 1 dan 6! Pergh, susah ni!) walau sesusah mana pun. Saya tahu kebanyakan daripada kita berlatar belakangkan keluarga yang agak ‘islamic’. Tapi saya hanya berkongsi sedikit sebanyak just to be aware of people coming from different walks of life! Sebab mungkin sekarang kita rasa kita ‘telah’ diberi hidayah dan kita berasa ‘secure’ sedangkan kita tak dapat guarantee daripada Allah pun macam mana keadaan kita apabila dimatikan nanti. Adakah kita ingin simpan ‘hidayah’ pada diri kita sendiri sahaja? Kalau ya, maka amat rugilah kalau kita tak sama-sama kongsi dengan orang lain yang masih ramai mencari-cari di luar sana.

Ya Allah.Sia-sialah hidupku ini. Sia-sialah kejayaanku selama ini. Sia-sialah pencapaian duniawiku selama ini. Sia-sialah segala usahaku selama ini. Sia-sialah masa mudaku selama ini. Sia-sialah segala-galanya TANPA pengampunanMu ya Allah. Sia-sialah segala-galanya TANPA keredhaanMu ya Allah. Maka berkatilah daku ya Allah. Ampunkanlah daku ya Allah. Lemparkanlah lembayung rahmatMu kepadaku, ibu bapaku, adik-beradikku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, serta semua orang yang bersamaku ya Allah. Kumpulkanlah kami semua sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w yang dapat bersama-sama baginda ke syurgaMu kelak. Amin ya Rabbal ‘Aalamiin!

*deynarashid merupakan salah seorang krew editor artikel iLuvislam.

Kredit: I Luv Islam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 232,067 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung

%d bloggers like this: