Blog Dakwah Remaja

Hati-Hati, Mak Nyah Mental Mengganas Di Jalan Raja Chulan

Posted on: 22/04/2009

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Seorang mak nyah mencetuskan kebimbangan di kalangan orang ramai di sekitar Jalan Raja Chulan apabila dilaporkan sering bertindak ganas dengan menyerang dan mencederakan pejalan kaki di kawasan itu terutamanya golongan wanita.

Sehingga kini, lebih dari 10 wanita dipercayai menjadi mangsa serangannya, yang dipercayai mengalami masalah mental.

Mangsanya termasuk peguam, pekerja bank, pekerja restoran makanan segera dan warga emas.

Beberapa pelajar lelaki di Sekolah Menengah berdekatan dan pelancong pernah menjadi mangsa serangan mak nyah ini yang berusia lingkungan 30-an.

Peguam Audrey Goh menceritakan pengalamannya apabila beliau dihampiri mak nyah berkenaan pada 11 April lalu dan dengan tidak semena-mena menyerangnya ketika beliau hendak melintas jalan di Jalan Raja Chulan.

“Mak nyah ini secara tiba-tiba menumbuk pipi kiri saya dengan kuat menyebabkan saya tersungkur ke tanah. Dia kemudian menendang dan menumbuk pinggang dan punggung saya berkali-kali.

“Saya yang kesakitan ketika itu menjerit meminta tolong dan penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan tersebut bertindak membunyikan hon motosikalnnya dan turut mengejar mak nyah itu.

“Bagaimanapun mak nyah itu dapat melarikan diri,” kata Goh.

Goh turut berkata seorang pengawal keselamatan yang melihat insiden tersebut turut memaklumkan kepadanya bahawa kejadian yang sama sudah berlaku beberapa kali di kawasan itu.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Michelle berkata, beliau mengalami trauma dan stres apabila mak nyah berkenaan bukan sahaja pernah menolaknya sehingga jatuh ke atas jalan raya, malah bertindak lebih kejam dengan menendang dan melompat-lompat di belakang badannya.

“Ketika saya sedang melintas jalan di hadapan Menara Weld pada 4 April lalu, secara tiba-tiba kepala saya diketuk dari arah belakang. Saya kemudian ditolak dan tersungkur di atas jalan raya sebelum mak nyah itu berdiri dan melompat-lompat di atas badan saya,” kata wanita berusia 39 tahun itu sambil menitiskan air mata.

Pekerja restoran makanan segera yang mahu dikenali sebagai Yati berkata, beliau nyaris dilanggar motosikal kerana rebah di atas jalan raya akibat diserang mak nyah berkenaan bulan lepas.

“Masa itu saya sedang berjalan di Jalan Raja Chulan, tiba-tiba mak nyah ini menumbuk muka saya hingga saya tersungkur di atas jalan raya,” kata wanita berusia 23 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata polis telah menahan suspek tersebut kira-kira 1.20 petang semalam dan menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan.

“Lelaki berperwatakan wanita ini dipercayai mengalami masalah mental justeru kita hantarnya ke hospital untuk tindakan lanjut dari mereka,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, orang awam di sekitar Jalan Raja Chulan mendakwa masih ternampak kelibat mak nyah tersebut berkeliaran di kawasan itu pagi tadi.

Menurut mangsa dan saksi-saksi, mak nyah berkenaan sentiasa berpakaian seksi dengan hanya memakai singlet dan skirt pendek selain pakaiannya bertukar setiap hari.

Dia turut makan makanan yang dibuang di tong sampah dan tidur di perhentian bas.

— BERNAMA

Kredit: Bernama

3 Respons to "Hati-Hati, Mak Nyah Mental Mengganas Di Jalan Raja Chulan"

😮

There are online marketers who are using Twitter in the
best possible way to build a relationship with their prospects and are successful in increasing their sales.

When I launched my first business, I thought I knew a bit about marketing.

This caused me to investigate automated Twitter Software that would take
care of many of my Twitter tasks. It really helps
to do this if you have set up an automated system of tweeting so that you don’t need to
go into Twitter each time you want to tweet.

For those who want to crab in deeper water there is also good.
Some people like to drop inexpensive traps right off the Marina Jetty at Spud Point Marina.
Good luck, and always remember to respect the land
and practice cache-in, trash-out. The sponging village of Tarpon Springs is a bit of
paddle, doable.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 232,067 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung

%d bloggers like this: