Blog Dakwah Remaja

Pelajar amal seks bebas

Posted on: 22/04/2009

Kajian UKM dedah 886 daripada 887 gadis mengaku bersetubuh

KUALA LUMPUR: Kajian mengenai moral remaja perempuan oleh seorang ahli akademik tempatan menghasilkan penemuan yang mengejutkan apabila 886 daripada 887 pelajar perempuan dalam kategori ‘berisiko tinggiâ€TM yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri mengaku pernah melakukan hubungan seks.

Kajian tiga bulan berakhir Disember 2006 membabitkan pelajar tingkatan satu hingga lima dengan 20 pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah yang dipilih kaunselor sebagai responden.

Mereka terdiri daripada pelajar perempuan yang mempunyai masalah disiplin serta berlatarbelakangkan keluarga bermasalah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Khaidzir Ismail, berkata Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi Terhadap Remaja Perempuan Berisiko Tinggi Atau Bermasalah, berkata penemuan itu menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini.

“Sungguh menyedihkan dan mengejutkan kerana daripada semua responden yang ditemu bual itu hanya seorang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks.

“Keputusan ini amat memeritkan, namun ia realiti yang harus kita terima,” katanya kepada Bernama.

Difahamkan kajian itu dilakukan hasil inisiatif kerajaan negeri berkenaan yang menyedari mengenai kemerosotan moral remaja di negeri itu berdasarkan pendedahan media.

Hasil kajian itu diharap dapat membantu kerajaan negeri terbabit merangka modul latihan khas terancang dan teliti yang sesuai diterapkan kepada golongan itu.

Khaidzir berkata kajian juga mendapati pelajar perempuan berumur lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko terjerumus dalam pelbagai masalah disiplin termasuk untuk mencuba melakukan hubungan seks buat kali pertama.

Beliau berkata selain terbabit dalam hubungan seks, kajian mendapati 98 peratus daripada mereka mengaku mengambil dadah, terbabit dalam kongsi gelap (98 peratus), bahan lucah (97.3 peratus), berjudi (96.8 peratus), vandalisme (85.4 peratus) dan ponteng sekolah (77.2 peratus).

Katanya, kebanyakan pelajar mempunyai kekurangan dari aspek kemahiran akademik, komunikasi, memiliki kendiri rendah, kawalan diri yang rendah dan kemahiran penyelesaian masalah yang rendah. — Bernama

Kredit: Akademi Fantasia

4 Respons to "Pelajar amal seks bebas"

Sampai begitu sekali rendahnya moral remaja sekarang zaman sekarang.. bagaimana la agaknya moral anak2 kita 10 tahun akan datang??.. disinilah ibu bapa memainkan peranan yang sgt penting untuk mendidik anak2 kita menjadi seperti apa..

Pada pandangan saya la, punca kerosakan akhlak remaja kini berpunca kurangnya perhatian dari ibu bapa, terutama dari ibu yang berkerjaya. Bukan nak salahkan ibu yg bekerja, tetapi ibu yg memainkan peranan yg lebih berbanding bapa. Seharian bekerja membuatkan masa bersama anak2 begitu terhad. bila ada masa yg terluang bersama anak2 tp ibu pula tidak menggunakan masa yg singkat itu secara berhemah, ini akan menjarakan lagi perhubungan ibu dan anak itu sendiri.

luangkanlah masa yg terhad itu dengan penuh berkualiti. jangan membiarkan anak2 kita terabai..pengaruh persekitaran juga ckp memainkan peranan penting dalam mempengaruhi sikap anak2 kita. di bandar2 besar misalnya, terlalu banyak perkara negatif yang boleh mempengaruhi anak2 kita….kepada para ibubapa, berilah perhatian sepenuhnya kepada anak2 anda. Coraklah masa depan untuk mereka agar mereka tidak tergolong dalam golongan orang2 yang rugi..

saya tidak rasa dalam lingkungan umur seperti ini, ibubapa masih harus dipersalahkan kerana kejatuhan remaja. Dalam hal ini,70% yang harus dipersalahkan ialah remaja itu sendiri. Dengan lingkungan umur yang sudah boleh dikatakan matang ini, remaja tersebut yang terlibat dengan isu ini sama ada sengaja atau tidak sengaja, sudah mampu berfikir. Tetapi itu bergantung sama ada remaja tersebut mahu atau tidak mahu. Nafsu itu sentiasa ada, tapi remaja itu sendirilah yang harus mengawal dirinya. Saya yakin dalam usia seperti ini,segelintir remaja lebih suka hidup di bawah keinginan daging daripada mendengar teguran. saya tak percaya kalau dikatakan remaja tersebut tidak diajar semasa masih kecil atau paling tidakpun remaja tersebut juga pernah diberi ajaran agama.

kesimpulannya disini yang mahu saya simpulkan, sebagai remaja yang berakal dan beragama, tak kira apapun jenis agama, bahasa dan budaya,sememangnya telah diajar atau diberitahu tentang baik dan buruk sesuatu hal, but it depend on YOU.tepuk dada, tanya FIKIRAN bukan SELERa.

astagfirullah……..nauzibillahiminzalik………

salam
bila saya fikir2 balik betol juga apa yg anda cakap

sbb masing2 sudah boleh memikirkan antara yang baik dan jahat. semuanya bergantung pada tahap kekuatanan iman masing2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 232,067 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung

%d bloggers like this: