Blog Dakwah Remaja

Archive for Mei 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu,

Saya fikir mungkin jika saya membuat post sebegini saya akan kehilangan 200/hari  pelawat unik saya yang datang daripada pelbagai latar belakang dan asal.  Namun saya tidak mahu ada antara anda yang mempunyai harapan ‘kosong’ yang tidak akan tercapai kerana mengharapkan artikel copy-paste terbaru daripada saya.

Baca baki entri ini »

MELAYU DAN MISTIK
www.iluvislam.com
muhammadhafiz
azzahra_solehah

Baru-baru ini sewaktu musim cuti, saya menjamu selera di gerai ‘Burger Bundle’ di Seksyen7. Sepinggan Nasi Goreng Udang dan Air Bandung Muar berharga RM6.60! Nafas saya turun naik sewaktu membayarnya.. Namun, bukan soal harga yang ingin saya tuliskan di sini. Tapi, ada sesuatu yang lebih menarik untuk tatapan kita kali ini.

Lama menunggu, maka saya alihkan perhatian ke arah TV3 yang sedang menyiarkan sebuah cerita yang amat saya kurang gemar lihat sejak saya kecil lagi. Cerita Pontianak (saya kurang ingat pontianak apa nama ceritanya). Namun, disebabkan lama menunggu tempahan yang tidak siapsiap, maka saya bersama kawankawan menonton juga ceritanya.

Baca baki entri ini »

Fadhilat Istighfar:Menghapus dan Menutup Dosa

www.iLuvislam.com

HarakahDaily.net

Oleh : akrimimathwa

mawaryangtinggi

 


Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?” (Surah Ali Imran ayat 135)

Baca baki entri ini »

Marah Kerana Sayang

http://www.iluvislam.com

Oleh: ZaffanKhalid

Editor: NuurZaffan


“Orang tua zaman mak ayah kita, `garang` itu satu formula. Entah kenapa dengan anak-anak zaman sekarang, formula itu tidak menjadi. Tidak boleh marah-marah. Kena berlembut mengambil hati mereka. Pening akak memikirkannya,” begitulah lebih kurang perkongsian buah fikiran yang dilontarkan oleh Kak Ina pada petang itu.

Kami yang masih belum berumahtangga hanya mendengar. Tidak tahu bagaimana hendak memberikan pendapat.

Baca baki entri ini »

SERUAN BUAT SI BELANGKAS
http://www.iluvislam.com
Fatimah Syarha Mohd Noordin
editOr: arisHa27

Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana-sini. Pemuda meratah dara sesuka hati. Gadis hilang harga diri. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak!

Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah yang mengotorinya. Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta! Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah saja? Boleh khalwat lama-lama.

Baca baki entri ini »

Al-Quran Milik Siapa?
http://www.iluvislam.com
dihantar oleh: NISWATUL HUSNA
Editor: deynarashid

“Sepatutnya sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh orang Cina”. (Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam).

Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Ko Ming. Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini:

Baca baki entri ini »

Jongkang-jongkit Study & Dakwah
http://www.iLuvislam.com
Wanita sinaran islam
editor: everjihad

“Lia, jomlah pergi usrah Lia, jomlah berdakwah Lia, ummah semakin koyak Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya.”

“ Aku tidak mahu. Aku kena study! Markah semester lepas dah cukup teruk. Gara-gara dakwah, tarbiah dan program! Aku menyesal mengikuti semua itu. Bosan!! Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke islam tu syumul? Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah! Esok kalau dah berjaya, aku buatlah kerja dakwah tu. Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku, kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam..”

Baca baki entri ini »


Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 233,425 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung