Blog Dakwah Remaja

MELAYU DAN MISTIK

Posted on: 09/05/2009

MELAYU DAN MISTIK
www.iluvislam.com
muhammadhafiz
azzahra_solehah

Baru-baru ini sewaktu musim cuti, saya menjamu selera di gerai ‘Burger Bundle’ di Seksyen7. Sepinggan Nasi Goreng Udang dan Air Bandung Muar berharga RM6.60! Nafas saya turun naik sewaktu membayarnya.. Namun, bukan soal harga yang ingin saya tuliskan di sini. Tapi, ada sesuatu yang lebih menarik untuk tatapan kita kali ini.

Lama menunggu, maka saya alihkan perhatian ke arah TV3 yang sedang menyiarkan sebuah cerita yang amat saya kurang gemar lihat sejak saya kecil lagi. Cerita Pontianak (saya kurang ingat pontianak apa nama ceritanya). Namun, disebabkan lama menunggu tempahan yang tidak siapsiap, maka saya bersama kawankawan menonton juga ceritanya.


Dalam cerita itu, watak seorang Lebai Tua adalah Heronya. Cerita itu bermula apabila seorang wanita yang dibunuh di kampung itu menjelma menjadi pontianak dan mengamuk di kampung itu.Maka orang ramai bertanya sang Lebai, “Apakah itu sebenarnya?”.

Seterusnya, jawapan sang Lebai Tua itu yang menjadi perhatian saya, “Roh perempuan tua itu tidak aman.. maka, rohnya menjelma menjadi pontianak untuk membalas dendam..”. Maka terbahakbahak sehingga hampir terburailah usus kami mendengarkan hujahan Tok Lebai itu!

Kita tahu, Lebai ialah gelaran terhormat yang diberikan oleh penduduk kampung kepada mereka yang tinggi ilmu agamanya. Tapi dapat kita lihat betapa jahilnya lebai yang dipaparkan di TV3 tadi. Walaupun kepalanya ditutupi kopiah, tapi rasanya akal beliau turut tertutup dengan tutupan pemikiran songsang masyarakat yang tidak bertamadun.

Tidak pernah ada satu dalil hadis atau Al-Quran pun yang pernah mengatakan bahawa roh seseorang itu boleh bertukar menjelma menjadi pontianak dan seterusnya pergi menyerang kampung untuk membalas dendam. Hujah apa yang mereka gunakan? Kitab mana yang mereka rujuk? Saya rasa soalan yang paling sesuai ialah, “Bomoh mana kau tanya?”.

Pemikiran jenis bebal apa ini? Mungkin akan ada antara kita yang berkata, “kenapa kita perlu sibuksibuk, itukan cerita saja..”. Saya bukan hendak menyibuk atau buatbuat sibuk dengan hal ini. Rasanya saya sudah cukup sibuk di sini. Tapi, ingin saya ingatkan di sini bahawa orang ramai terutamanya yang bukan Islam turut menonton rancanganrancangan seperti ini. Sudah tentu akan menimbulkan persoalan di hati mereka tentang ini.

Mereka mungkin bertanya adakah Islam ini sebuah agama mistik yang ada mengajar penganutnya bagaimana caracara melawan Pontianak atau erti kata lain, ‘roh yang tak aman’. Maka di situ salah tanggapan tentang Islam sudah berlaku! Malahan, cerita Pontianak itu turut menampakkan dan menonjolkan watak Lebai yang sangat dihormati di kalangan masyarakat kita menjadi seperti seorang tua nyanyuk yang berperanan serupa bomoh yang tahu berperang dengan hantu tetapi cetek ilmu agamanya.

Pandai sembur ke kanan dan ke kiri untuk menghalau pontianak, tapi bila ditanya tentang asalusulnya pontianak yang datang membunuh di kampung itu, maka dijawabnya dengan jawapan sasau sedemikian rupa. Generasi muda terpelajar mungkin akan menyangka bahawa inilah wajah sebenar Tok Lebai.

Sedangkan kita tahu bahawa Lebailebailah antara golongan mulia yang mengembangkan dan mempertahankan institusi Islam di negara kita. Adalah amat menghinakan apabila kita mengambarkan watak Lebai sedemikian rupa.

Kita tahu bahawa dalam menjelaskan tentang soal makhluk halus ini, telah Allah ingatkan pada kita bahawa ia hanyalah syaitan. Dan syaitan itu tugasnya menyesatkan anak Adam. Jadi, mengatakan Pontianak itu asalnya dari roh yang tidak aman seolaholah seperti menafikan apa yang telah diajar oleh Allah dan KekasihNya, Muhammad SAW. Di situ kita sudah berjaya disesatkan.

Ya, itu hanya cerita! Tapi filem kita mencerminkan pemikiran kita. Adalah sangat pelik di zaman moden ini bila kita lihat masih ada antara kita yang berfikiran seperti ini. Seolaholah seperti semua perkara akan dikaitkan dengan hantu. Sakit perut pun hantu, demam panas pun hantu, hatta tertelan tulang ikan pun dikatanya pelesit yang ganggu.

Bukankah selama ini kita lantang berdemonstrasi membantah apabila orang menghina agama kita yang suci ini? Tetapi mengapa kita mengejek agama kita sendiri? Jadi, meminjam katakata Dr Asri bin Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis (bukan Wahhabi ya, jangan silap), “Kalau tak suka dihina, janganlah menghina diri sendiri!”.


2 Respons to "MELAYU DAN MISTIK"

betul tu.. tak salah nak buat cerita, tapi biar logik dan masuk akal. skrang nih, byk cerita mistik yang mengarut.. hantu2 tuh bukan leh membunuh sprti yang ditunjukkan dlm cite skrang nih.. setahu saya gangguan makhluk2 halus ni yang leh buat jiwa tak tenteram dan mendatangkan kemudaratan pada diri.

ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!

Tenang-tenangkan diri…
Sila layari http://manatuhanallah.wordpress.com/
Terima Kasih

Krulayar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 232,069 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung

%d bloggers like this: