Blog Dakwah Remaja

Pengumuman Daripada Admin

Posted on: 09/05/2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu,

Saya fikir mungkin jika saya membuat post sebegini saya akan kehilangan 200/hari  pelawat unik saya yang datang daripada pelbagai latar belakang dan asal.  Namun saya tidak mahu ada antara anda yang mempunyai harapan ‘kosong’ yang tidak akan tercapai kerana mengharapkan artikel copy-paste terbaru daripada saya.

Sukacita saya memaklumkan bahawa saya telah diterima di sebuah kolej pra-universiti yang berkualiti di Pahang. Dan dukacitanya,  saya akan kekurangan masa untuk mengemaskinikan blog ini disebabkan status pelajar yang bakal diterima pada 11 Mei ini.  Dan saya harap anda sudi mendoakan kejayaan saya agar dapat ‘graduate’ dan ‘survive’ di sana dengan cemerlang. Niat di hati ingin meneruskan pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas. Harap tercapai, Amin.

Sehingga saat ini, saya berterima kasih kepada pelawat yang sudi datang ke blog percuma saya yang hanya copy-paste artikel orang. Namun niat saya adalah ingin mendedahkan kepada anda terutamanya remaja tentang perkara-perkara berkaitan Islam yang makin merundum dalam kalangan remaja sekarang.  Dan saya harap blog ini dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada anda.  Walaupun tanpa ‘kerja-kerja mempromosi yang kuat’ saya masih dapat page rank 2 di Google dan pelawat unik yang ramai. Memang di luar jangkaaan. Alhamdulillah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda.

Saya juga mencadangkan anda tengok pada post ‘Surat Daripada Anak Mak Yang Dah  Tak Nakal Lagi ‘ sempena Hari Ibu yang akan datang. Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, hargailah mereka sebaik-baiknya. Pada sesiapa yang ibunya telah meninggal dunia, adalah baik sekirannya anda berselawat dan sedekah kepada mereka, dan lebih baik  lagi sedekahkan untuk mereka ‘Surah Yassin’. Tetapi janganlah anda menangis kerana daripada apa yang saya tahu, jika anda menangisi orang yang telah meninggal dunia mereka akan diseksa dengan perit oleh malaikat. Apa yang patut anda buat adalah mendoakan, menyedekahkan mereka dengan doa, selawat dan surah Al-Quran. Itulah perkara yang lebih bermanfaat anda perlu  lakukan.

Sebelum saya ‘menyepi’, saya harap anda sudi menekan link dalam ‘Harap bantu saya menang webhosting percuma‘ di right sidebar (tepi sebelah kanan). InsyaALLAH jika saya memenangi webhosting itu, saya akan mencari input-input  baru yang lebih baik untuk paparan di blog. Mungkin saya sendiri mempunyai idea untuk berdakwah itu, siapa tahu=D Mudah-mudahan. Amin.

Akhir kata, doakan kejayaan saya di kolej matrikulasi pahang. Semoga saya survive dan graduate dengan cemerlang. Amin.

p/s:  Saya tidak meminta banyak, ia sudah memadai jika anda menyedekahkan satu komen pada salah satu post  di blog ini (kalau banyak pun lagilah memadai=).

Terima kasih sahabat handai  internet sekalian.

Ikhlas,

Admin – Nur Insyirah Shaharin Azhar

Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang (11 Mei 2009)

5 Respons to "Pengumuman Daripada Admin"

Tahniah kepada saudari, semoga tercapai segala cita-cita…

Salam alaikum,

Um..pertama kali, semoga berjaya selama berada di matrik Pahang. Moga apa yg diimpikan dicapai dengan jayanya. Namun jika terdapat masa lapang luangkan masa anda dengan blog ini insyaAllah.

Megenai nama domain pula, saya syorkan jangan menantikan yang percuma terutama dari US. Kerana sejauh pengalaman saya domain percuma biasanya setahun pertama sahaja ia percuma, setahun berikut anda kena bayar. Masalahnya biasa bayar menggunakan Paypal, jika local bank mungkin lebih senang. Nama domain tidak mahal mana, cuma harga biasa yg boleh didapati dalam RM40 Tahunan. Jika pandai cari RM30 Tahunan pun ada. Jika webhosting, yg percuma tidak akan berkekalan. Namun dalam hal ini anda mesti melihat pada bantuan pelanggan, jika sangkut-sangkut sakit juga dibuatnya.

Akhir kalam insyaAllah saya akan terus menyokong saudari dari belakang. Idea untuk berdakwah akan datang jika kita benar-benar istiqamah.. insyaAllah.

terima kasih…

amin…

w’slm

terima kasih atas nasihat itu. sye tahu percuma hanya untuk satu tahu pertama. saya mahu memenangi agr sye dpt belajar sedikit demi sedikit mengenai cpanel…so inilah peluang saya.

saya memang berkemampuan untuk beli webhosting namun kalau boleh webhosting itu adalah original dripd pengetahuan dan pengalaman saya. kalau copy-paste je, mungkin saya hanya menggunakan blog percuma sahaja. biarlah pembelian itu berbaloi dengan penyampaian orginal daripada idea saya. mungkin dengan itu, adanya iktibar atau sesuatu yang baru yang boleh dimanfaatkan oleh para pelawat.

Salam’alaik… semoga sihat rohani & fizikal…

Buat anti, sudikah jika ana mahu menaja domain & hosting anti selama setahun…?

Hubungi ana jika anti berminat, syukran.

http://www.al-faizun.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 232,069 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung

%d bloggers like this: