Blog Dakwah Remaja

Cinta Kampus : Matlamat Halalkan Cara

Posted on: 25/10/2009

Cinta Kampus : Matlamat Halalkan Cara
http://www.iluvislam.com
Tuan Mohd Reza
Editor: RosNiza Abdullah

Matlamat salah cuba menghalalkan cara.

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.

Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif. Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.

Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?

MATLAMAT HALALKAN CARA

Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.

Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.

Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.

Muhasabahlah kalian.

HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR

Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.

Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.

Perintah itu wajib.

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.

Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”.

Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, daripada sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala. ameen


8 Respons to "Cinta Kampus : Matlamat Halalkan Cara"

Subhanallah….aman tenteram dunia yg fana ni kalau semua generasi dpt aplikasikn hbgn suci n halal ini.Tiada lg kekejaman pembuangan bayi merata2 spt yg kita pernh dgri lg.Sedih melihat bayi comel yg lemah n merupakan amanah Allah dibuang di lubang tandas je….di tong sampah…ditanam hidup2…insaflah…cinta ditaburi jnji manis sblm halal tp bayi yg trhasil dr benih cinta kononnya di campak hina lbh hina dr bgkai anjing…mana tgjwb stlh ayat cinta ditaburi????sedarlah sblm terlambat.

betul tu.
bila sahaja saya baca artikel nie, baru saya tahu bahawa kita patut buat ibadah demi orang bukan mahram.ia masih dikira kurang halal

Hemmm… cinta yg abadi & hakiki hanya cinta kpd Allah. Cinta yg disertai redha Allah & kedua ibubapa insyaAllah adalah cinta yg suci dan abadi

ya allah lindungilah kami dari bahaya nafsu kami sendiri dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi diri kami sendiri,amiien ya rabbul aalamin subhanallah walhamdu lillah walaa ilaahaillallah walllaahuakbar

terima kasih penulis kerana membuka mata saya..
selepas membaca artikel ini..saya telah memutuskan hubungan saya dengan kekasih saya dengan serta merta..

alhamdulillah..ALLAH SWT telah memberi peluang kpd saya utk berubah sebelum menghadapNya..terima kasih sekali lagi..

ALLAHUAKBAR!!

Salam… akak pernah melalui zaman bercouple masa menuntut disalah sebuah IPTA tapi alhamdulillah cara bercouple tak lah sampai berkepit dengan pasangan selalu.. kami bercouple dalam berkongsi cerita, perasaan, masalah… tau2 saje parents jauh dari kita…yg ada kawan2 …

Kami tak pernah melampaui batas, iman dan pergaulan dihadkan.. kalau ingin berjumpa…berteman…ada seorang muhrim, cara komunikasi…melalui surat samaada dari org tengah atau secara pos(biarpun satu kampus…kelas sebelah).. Bercouple secara positif untuk memberikan motivasi belajar dan berbicang ttg pelajaran…

Apa yg jadi masalah remaja yang salah bercouple ialah melanggar batas2 yang telah ditetapkan oleh agama… berpengangan tgn,berdua2an…dll… Ingat pada agama,ingat maruah diri,ingat maruah keluarga…Insyaallah hidup akan terjamin… sesungguhnya janji Allah itu sememangnya tepat “WAnita yang baik untuk lelaki yang baik” so andainya kita ingin mendapat kebaikan..perbaiki diri kita selalu…semoga Allah melindungi dan merahmati kita sentiasa… Insyaallah… Alhamdulillah..akak diketemukan dengan suami…satu kursus, satu IPTA dengan tempat akak study dulu…dan semoga perkahwinan kami kekal bahagia dan dalam rahmat Allah s.w.t selalu…

Wassalam

terima kasih untuk post yg betul2 telah menyedarkan saya dan membuka mata saya mengenai couple ni. sy hampir2 menerima ajakan seorang teman utk bercouple. sbelum ni, pernah juga terlintas di fikiran untuk mencari teman bercouple apabila memandang rakan2 lain yg senang dan happy dengan pasangan couple masing2.. tapi bila memikirkan yang couple kita tu belum pasti lagi menjadi teman sehidup dalam mencari keredhaan Allah nanti, saya rasa bersalah dengan orang bakal kita nikahi nanti..tapi masih, fikiran saya masih bercelaru dan buntu, lega atau kesal.. untuk menenang kn diri, saya terus cari blog2 dan post2 seperti ini..harap posting2 spt ini diperbanyak kan lagi dan dapat dikongsi bersama… wallahualam..

hurm entahlah…isu isu mcm ni sbnrnya bukan dah naik berbuih, dah smpi kejang lidah memperkatakannya but sama jugak. saya pun tak pernah rasa bercinta time student & masih baru dlm Islam. smpi la ni pun single…jadi nak komen byk pun tak berani

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 232,067 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung

%d bloggers like this: