Blog Dakwah Remaja

Posts Tagged ‘hisab

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa   hidupnya telah
melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan
syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling
besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua
ibu-bapa.

2. Mayat yang mukanya berbentuk ****. Itulah petanda
semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu,
tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya.
Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar
ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum
arak, berjudi sahaja.Tak tutup aurat juga perbuatan
keji.

Baca baki entri ini »

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

Baca baki entri ini »

Sebelum anda membaca post saya ini, saya meminta anda membuka video ini. Hayatilah isi kandungan video ini ketika membaca post saya pada kali ini. Kerana pada saya, walaupun saya tidak memahami apa maksud ayat Al-Quran yang dibacakan, namun saya mudah mengalirkan air mata apabila mendengar ayat yang dibacakan dalam video ini dengan cara bacaannya yang sayu. Jika anda tidak merasakannya, cuba anda replay video ini beberapa kali untuk anda hayati bacaannya yang sayu dan menggambarkan kesedihan & kekecewaan.

Assalamualaikum w.b.t saya ucapkan kepada semua pelawat. Mungkin sehari terlambat tetapi bagi saya masih belum terlambat untuk saya memberitahu tentang tarikh lahir saya yang telah sampai. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi yang telah memanjangkan umur saya. Saya sangat bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk beribadat kepada-Nya.

Saya berasa bernasib baik kerana Allah S.W.T telah memberikan saya hidayah agar saya bertaubat kepada-Nya untuk menebus kesalahan lalu yang begitu banyak saya lakukan tanpa ketakutan pada-Nya. Terlalu banyak dosa yang telah saya lakukan. Begitu banyak maksiat yang saya lakukan kepada-Nya tanpa berfikir tentang seksaan yang akan saya hadapi apabila hari akhirat tiba nanti.

Namun diri ini masih rasa kekurangan yang sangat besar pada iman saya. Harap dengan usia yang semakin meningkat ini iman saya kepada Allah S.W.T akan semakin meningkat dari sehari ke sehari. Saya berasa sangat takut apabila memikirkan tentang saat kematian saya. Apabila saya teringat kubur, saya terfikir sendirian, “bagaimanakah keadaan saya apabila mati nanti.” Kalau diizinkan Allah, saya ingin mati dalam keadan mati syahid agar saya diterima di syurga tetapi saya merasakan bahawasanya saya tidak layak untuk syurga-Nya yang tidak tergambar indahnya. Saya hanya layak untuk neraka-Nya yang pedih penuh kepahitan.

Saya percaya bahawa Allah S.W.T adalah Allah Maha Pengampun.  Namun tatkala merenung, menimbang, memikirkan dosa yang lalu, saya bertanya, “Apakah Allah S.W.T akan mengampunkan aku setelah aku berpaling daripada-Nya?” Tanda-tanda Kiamat semakin muncul namun saya tetap bermalasan untuk menambahkan iman. Pernah saya seperti terasa tanda-tanda kematian itu menghampiri saya, tetapi oleh sebab nafsu jahat yang menghantui, saya semakin malas untuk melakukan ibadah, berzikir dan beramal. Namin solat 5 waktu tetap saya penuhi. Saya sentiasa berniat untuk menunaikan solat malam namun badan ini terlalu berat untuk menunaikannya oleh sebab kenikmatan dunia yang sukar ditinggalkan.

“Ya Allah, ampunilah aku, jauhkanlah aku daripada melakukan dosa2, amalan dan perkataan yang mendekatkan aku kepada neraka-Mu.”

Ketika keluar ke bandar, saya sering terfikir bagaimana nasib-nasib orang-orang kafir yang sememangnya jauh daripada Islam. Sekilas juga kepada remaja-remaja perempuan khususnya yang membuka aurat menampakkan susuk tubuh badan yang diimpikan agar dapat dijamah oleh para lelaki ajnabi yang mudah menaikkan nafsu syahwat mereka. Saya mengaku saya ini tidaklah begitu baik, warak & alim seperti para ulama’ cuma saya mengimpikan umat Islam yang betul-betul mengamalkan konsep Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah. Oleh sebab inilah (tidak mengamalkan konsep Islam sebagai amalan harian), Allah S.W.T semakin menghampirkan hari kiamat kepada kita.

Saya juga terfikir, kenapa umat Islam itu (segelintir) hanya Islam pada nama tetapi tidak pada dirinya sendiri. Soalan itu, saya lontarkan sendiri kepada diri sendiri untuk saya bermuhasabah diri menimbang perbuatan saya selama ini, “Adakah apa yang kau lakukan pada hari ini kebanyakannya melambangkan kau umat Islam.”

Jadi kepada para pelawat yang beragama Islam sekalian, sama-samalah kita renungkan, timbanglah dosa-dosa anda yang lalu, kesalahan yang anda lakukan kepada Allah  Maha Esa dan SEDARLAH BAHAWA HARI KIAMAT ITU SUDAH MAKIN HAMPIR…

wassalam

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin

pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian
: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.

Wallahua’alam~

Wahai Hawa

Posted on: 06/02/2009

Wahai Hawa, Kenapa..
engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa, Sedarlah..
Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa..
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan… takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya… Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu…

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.
“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah” (Hadith Riwayat Muslim)

Sumber:  Halaqah

Bacalah utk peringatan semua…

Saya memang dah lama nak suarakan rasa terkilan dan musykil di hati ni. Lupakanlah sebentar tentang saudari2 kita yg masih tak dapat “seru” memakai tudung tapi yg kita nak saya tulis ni ialah yg pasal trend memakai tudung dan tutup aurat itu sebenarnya.. sudah tidak selari …. dah lari dari matlamat dan kehendak Islam itu sendiri..

Sekarang ni kalau nak compare dgn era 80’s alhamdullilah dah ramai wanita remaja memakai tudung. Fenomena memakai tudung bukan hanya dapat dilihat disekolah ,IPT , pejabat gomen ,di kilang 2 pun majority pekerjanya wanitanya memakai tudung , bukan hanya beranika corak malahan beranika fesyen pulak tu.. dapat kita perhatikan sebegitu ramai makcik2, cik kak2, adik2 kita yg bertudung dikepala tak kira le tahap mana education backgroundnya.

Beginilah isi surat saudara tuh…

1. Tudung ikat reben kat bawah dagu , tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas didlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud ). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah atau cam nak pergi noreh getah!

2. Pakai tudung , tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah “ter “atau sengaja..) ni masa saya kat UK dulu summer season ramai mek2 salleh pose cam ni , artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e. g., Madhuri Dixit, Manisha Koraila ,.. gaya model time fesyen show …

3. Bermini telekung , tutup dada tapi pakai baju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggung nampak sendat.. kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit.. silap2 pusat sekali kalau ader rezeki…..

4. Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok … kita tutup rambut yg hitam , tapi tangan /lengan yg putih melepak tu kita dedahkan..

5. Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebaya sendat siap dgn kain belah belakang/belah kat sisi.. bila jalan lengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan.. siapa nak jawab tu…

6. Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun.. punyalah merah menyala , siap dgn eye-shadow , mascara sekali… touch-up sana, touch -up sini dan kasut highheel lagi.. bertudung dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai , yg bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc…. sila rujuk
(al-Ahzab: 33 ) boleh gitu ?

7. Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betis nampak… ooo… saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak !!!!

8. Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu …”si Adik ” tu tetaplah nampak, besar ke , kecik ke…. org masih boleh buat terkaan…

9. Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti kena match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari… etc yg ni pun lebih kurang yg no. 6 bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.

Betul… di era 80’s dulu tak ramai kita nampak wanita bertudung tapi satu (bertudung ) di antara sepuluh yg tak bertudung tu menepati ciri menutup aurat sebagaimana dlm al-Quran. Mak cik saya dah bermini-telekung stail ni pada tahun 1982, dia student UM dan saya berusia 8 thn time tu. Alhamdullilah , dia istiqamah sehingga (dah beranak-pinak pun..)dan tak pernah change pun stail bertudung.. warna tudung biasanya hitam , putih , biru tak match pun dgn baju. Mini-telekungnya berjahit bukannya berpinkan brooce /kerongsang..

Ustaz /ustazah dah ajar masa sekolah dulu aurat wanita keseluruhan badannya kecuali muka dan tapak tangan. sometimes officemate kita yg non-muslim pun confused diaorg ada tanya pakai tudung cara yg mana yg paling betul dan tepat as Islamic Rules. Kenapa ramai sgt wanita Islam kini pakai tudung pun tak standard (tak ikut standard al-Quran) tapi ikut standard fesyen terkini kot! -sbb dah ada yg kata kalau tutup semua, tak apply lipstick, tak dak yg nak pandang, susah lah nak dpt jodoh…. bab ni saya tak dpt nak kata apa dah…. ada pulak officemate (wanita Islam ) yg tanya depan non- muslim ” semlm aku nampak ada perempuan sembahyang kat surau Kotaraya langsung tak pakai telekung, dia pakai baju dan tudung yg dia pakai tu aje..” Kita pun tanya “baju cam na, tudung cam na

Dia pun terpinga-pinga, cam tak satisfied pulak dgn jawapan kita. So ,bab bertudung ni jgnlah kita mendabik dada kata yg bila kita dah tutup kepala maknanya kita dah menutup aurat dah… sometimes saya perhatikan yg tak bertudung pun tak seberani segelintir yg bertudung memakai baju tight ikut bodycut ..(gi lah kat shopping complex.. sure terjumpa punya ) entahlah kalau dlm bab bertudung dan tutup aurat ni kita dah main ikut nafsu/rasa, dan mungkin nak nampak glamour sikit.. canm na la kita nak tegakkan Islam as Ad-Din, the way of life.. sdg Islam itu cukup indah jika dihayati… bukan main ambil separuh2 yg kita suka … no wonder lah ada satu hadith Rasulullah lebih kurang begini maksudnya:- Akhir zaman nanti umat Islam tu memang le ramai tapi kesemuanya seperti buih-buih di lautan!

Wallahualam

Sumber:  Rakan taulan


Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 233,425 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung