Blog Dakwah Remaja

Posts Tagged ‘maut

Tiket Perjalanan yang Percuma
http://www.iluvislam.com
Dihantar oleh : niasakura
Editor: arisHa27


Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang…

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu.”

p/s: artikel daripada ahli persatuan usrah UPM

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa   hidupnya telah
melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan
syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling
besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua
ibu-bapa.

2. Mayat yang mukanya berbentuk ****. Itulah petanda
semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu,
tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya.
Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar
ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum
arak, berjudi sahaja.Tak tutup aurat juga perbuatan
keji.

Baca baki entri ini »

2012 makin menghampiri. Masih ramai antara kita yang buat sikap tidak ambil tahu akan perkara ini. Oh! Tidak membawakan fakta dan kajian 2012 melalui pandangan agama Islam.

Cuba kira… 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasal huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 sahaja (yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas dekat bumi ni).

Baca baki entri ini »

Tazkirah untuk hari ini

Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu.

Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat.

Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

Baca baki entri ini »

Tazkirah hari ini mengajak tuan-tuan semua agar mengingati mati. Pelbagai persediaan harus kita lakukan setiap masa dan ketika untuk menghadapi kematian – Agar kematian yang kita ingini insya-Allah tercapai – iaitu Husnul Khatimah (Penyudahan Yang Baik)

Baca baki entri ini »

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

Baca baki entri ini »

Jangan, Jangan dan Jangan-Jangan..?
http://www.iLuvislam.com
di forward oleh : afdhal87

Jangan, jangan dan jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Jangan -jangan tertidur.Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Jangan-jangan terbawa keluar najis,habis kotor seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan-jangan sumbing bibir kita. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan-jangan berkongsi makan dengan cik lipas dan cik tikus.
Jangan tidur selepas subuh.
Jangan-jangan rezeki kita di kebas orang.

Baca baki entri ini »


Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 234,003 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung