Blog Dakwah Remaja

Posts Tagged ‘sebarkan

Salam sejahtera,

Selepas beberapa hari membuat research, pertimbangan dan pemikiran tentang perniagaan internet,  saya mengambil keputusan agar meneruskan paparan untuk berdakwah kepada remaja zaman sekarang di samping terlibat dengan itu semua. Kini, saya mendapat tawaran ke matrikulasi dalam bidang teknikal. Pada bulan hadapan, saya akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar matrikulasi. InsyaALLAH saya akan berjaya ‘graduate’ daripada situ. Doakan saya kawan-kawan! Sperkara lagi, mungkin beberapa minggu, saya akan kurang mengemaskinikan blog ini, jadi jika ada yang ingin melihat tajuk baru, nantikan dengan sabar. Ataupun anda boleh cari blog dakwah di enjin carian seperti yahoo, google dan sebagainya.

Berbalik kepada tajuk. Tanggapan pertama saya apabila melihat video ini adalah simpati. Kerana….(tontonlah sendiri). Ramai yang mentertawakan dia, mungkin kerana rupa dan lagak gayanya yang sudah ‘senja’. Namun dia telah membuatkan orang tergamam dengan bakatnya yang tidak terpapar daripada rupa parasnya.

Susan Boyle dalam ‘Britain Got Talent’

Anda tergamam? Seperti yang saya katakan. Ia sangat menakjubkan saya sendiri. Permulaannya, ramai yang mentertawakan dia kerana rupa parasnya yang kurang cantik, umurnya. Tetapi, akhirnya ramai yang menepuk tangan dan berdiri kerana bakatnya. Subhanallah.

Di sini, saya juga sertakan serba serbi tentang Susan Boyle dan Laman web peminatnya.

Baca baki entri ini »

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

Baca baki entri ini »

Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang

http://www.iluvislam.com

Kiriman: abraxas248*

Editor : b_b



 Baca baki entri ini »

Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk
Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang
untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang didekati sang kumbang
lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu
keharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman
kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dan
keindahan takwa kepada Allah…hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.
Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki
dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg
didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam
bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat
sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. Wanita solehah yg
patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan
pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu
serakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg
engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.
Namun ingatlah gadisku…sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan
memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau
miliki azam, usaha dan istiqamah..
Baca baki entri ini »

Assalamualaikum.  Alhamdulillah ke hadrat Ilahi yang telah memberikan saya sedikit demi sedikit input untuk saya ketengahkan di dalam blog ini. Pada hari ini, saya telah menjumpai sebuah website yang dikenali ramai dan tidak kurang 30 000 ahlinya. Sebelum ini, saya pernah juga terjumpa website yang berbentuk dakwah tetapi malangnya website itu tidak mendapat sambutan yang menggalakkan seperti website ini. Jadi kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang website ini. Lawatlah ke I Luv Islam. Mungkin ada yang sudah mengetahui tentangnya tetapi ingin saya sebarkan kepada yang masih tidak mengetahui.

Untuk kali ini, artikel yang saya dapat adalah daripada sumber website di atas juga tetapi daripada komen-komen yang dihantar sampailah saya ke artikel untuk kali ini. Artikel kali ini berbeza sangat panjang, tetapi kalau nak tahu lebih lanjut rajin-rajinkanlah diri anda untuk membacanya.  Berdasarkan artikel ini, saya ingin dedikasikan kepada yang mahu bertaubat daripada kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang lalu untuk kembali ke jalan yang diredhai-Nya. Selamat Membaca.

Baca baki entri ini »

Bismilla hirrahma nirrahimm
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Allahumma solli wasallim ‘ala saiyidina Muhammadiw wala alihi wasahbihi ajma’in. Allahuma inna nas alukal ‘afwa wal ‘afiah, wal mu ‘aafatad da imah, fiddini waddun ya wal akhirah. Allahumma ahsin ‘aqibatana fil umuri kulliha, waajirna min khizyid dunya wa’azabil akhirah. Allahumma inna nas aluka minal khairi kullihi ‘ajilihi waajilihi, maalimna minhu wama lam na’lam. Waanuzubika minas syarri kullihi, ‘ajilihi wa ajilihi, ma alimna minhu wama lam na’alam. Rabbana atina fiddunya hasanataw wafil akhirati hasanataw waqina ‘azabannar. Wasalallahu ‘ala saiyidina Muhammadiw wa ‘ala alihi wasahbihi wassalam.

Baca baki entri ini »

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

Baca baki entri ini »


Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 233,992 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung