Blog Dakwah Remaja

Posts Tagged ‘video

Salam sejahtera,

Selepas beberapa hari membuat research, pertimbangan dan pemikiran tentang perniagaan internet,  saya mengambil keputusan agar meneruskan paparan untuk berdakwah kepada remaja zaman sekarang di samping terlibat dengan itu semua. Kini, saya mendapat tawaran ke matrikulasi dalam bidang teknikal. Pada bulan hadapan, saya akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar matrikulasi. InsyaALLAH saya akan berjaya ‘graduate’ daripada situ. Doakan saya kawan-kawan! Sperkara lagi, mungkin beberapa minggu, saya akan kurang mengemaskinikan blog ini, jadi jika ada yang ingin melihat tajuk baru, nantikan dengan sabar. Ataupun anda boleh cari blog dakwah di enjin carian seperti yahoo, google dan sebagainya.

Berbalik kepada tajuk. Tanggapan pertama saya apabila melihat video ini adalah simpati. Kerana….(tontonlah sendiri). Ramai yang mentertawakan dia, mungkin kerana rupa dan lagak gayanya yang sudah ‘senja’. Namun dia telah membuatkan orang tergamam dengan bakatnya yang tidak terpapar daripada rupa parasnya.

Susan Boyle dalam ‘Britain Got Talent’

Anda tergamam? Seperti yang saya katakan. Ia sangat menakjubkan saya sendiri. Permulaannya, ramai yang mentertawakan dia kerana rupa parasnya yang kurang cantik, umurnya. Tetapi, akhirnya ramai yang menepuk tangan dan berdiri kerana bakatnya. Subhanallah.

Di sini, saya juga sertakan serba serbi tentang Susan Boyle dan Laman web peminatnya.

Baca baki entri ini »

Surat Dari Anak Mak yang Dah Tak Nakal
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: umarzahrawi

Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com. Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu. Bacalah surat ini bersama lagu kitaro di bawah.

~Video autoplay. Sambil baca sambil dengar video~

Mak…..

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….

Baca baki entri ini »

Sangat kebetulan! Khairul Idzwan Baharin yang menyertai ujibakat One In A Million (OIAM) baru-baru ini dikatakan memiliki personaliti yang sama dengan penyanyi utama kumpulan nasyid Saujana yang pernah popular dengan lagu ‘Keluarga Bahagia’ . Dan, sangat kebetulan apabila nama peserta OIAM ini amat serupa dengan ahli utama nasyid Saujana, iaitu Khairul Idzwan Baharin (Idzu). (Nasyid Saujana – wikipedia)

Setelah beberapa tahun tidak kelihatan kelibat Idzu dalam dunia hiburan kerana melanjutkan pelajaran sebagai doktor, agak mengejutkan juga jikalau personalitinya yang dahulu sebagai seorang lelaki telah berubah menjadi lembut. Adakah kerana kejutan budaya, atau pun kurang kasih sayang dari orang terdekat?

Idzu, sila berikan penjelasan. Aku sebagai peminat nasyid Saujana sangat terkilan jikalau perkara ini benar-benar berlaku pada mu. Kalian tidak percaya? Cuba tonton minit ke 6.00 video youtube selepas ini, dia sangat lembut okay!

Sumber: hafreze

salam. hurm dgr la video lagu ttg palestin nih. best la gk lagu nih.


Artikel Disediakan Oleh

ILuvIslam

Blog Stats

  • 233,425 views

Kategori

Top Clicks

  • Tiada

Asal Pengunjung